Datuk Red Kahwin Adira Bahagia

Penyanyi Adira Suhaimi menzahirkan rasa gembira dan mendoakan segala yang terbaik buat bekas suaminya, Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, yang dijangka menamatkan zaman dudanya dengan perkahwinan ketiga pada Julai depan.

Adira berkata, dia sentiasa berharap agar Datuk Red dikurniakan kebahagiaan, kesihatan yang baik serta kehidupan yang sejahtera.

“Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Datuk Red. Kebahagiaan, kesejahteraan dan kesihatan dia.

“Semoga yang baik-baik untuk dia, insya-Allah. Kalau dia ada bertemu jodoh baru pun, alhamdulillah,” katanya.

Ditanya sama ada dia akan menghadiri majlis perkahwinan bekas suaminya itu, Adira memaklumkan bahawa Datuk Red sebelum ini ada menyatakan hasrat untuk menjemput anak-anak mereka terlebih dahulu.

“Sepatutnya dia jemput anak-anak lebih awal. Tapi mungkin ada benda-benda yang belum diselesaikan.

“Apa pun kita doakan yang terbaik,” katanya lagi.

Artikel berkaitan: “Tergamaknya dia” – Adira Dedah Datuk Red Letak Syarat, Tuntut RM100,000 Batalkan Kes Rujuk

Artikel berkaitan: “Terpulang orang nak kata…” – Datuk Red Tak Mahu Teruskan ‘Perkahwinan Toksik’, Hanya Mahu Pengesahan Rujuk

Terdahulu, Datuk Red berkongsi kepada warganet bahawa dia kini bersedia membuka lembaran baharu dalam hidupnya.

Screenshot 2026 06 25 172243

Datuk Red mengesahkan dia bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan dikenali sebagai Rohanita pada Julai depan.

Hubungan rapat Datuk Red dengan usahawan itu dikatakan bukan lagi rahsia apabila mula menjadi perhatian ramai dalam media sosial sejak Januari lalu.

Sementara itu, mahkamah telah menolak permohonan penarikan kes tuntutan pengesahan lafaz rujuk yang difailkan Datuk Red terhadap Adira.

Sehubungan itu, kes berkenaan ditangguh pada 9 Julai depan untuk mendengar hujahan pihak plaintif (Datuk Red) dan defendan (Adira).

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.