Syaz Ft 2026 03 02T154454.074

Selebriti dan pengacara popular, Adriana Adnan, berkongsi detik hiba dan terkilan apabila menyaksikan sendiri seorang pemilik gerai roti john di sebuah bazar Ramadan bertindak kasar terhadap pekerjanya di hadapan khalayak ramai.

Kejadian bermula apabila Adriana yang sedang mengunjungi Bazar Ramadan Wangsa Maju tertarik untuk membeli roti john di sebuah gerai kerana rupa paras makanannya yang menyelerakan. Namun, suasana harmoni itu berubah sekelip mata apabila seorang wanita yang dipercayai pemilik gerai tersebut datang dari arah belakang dan mula memarahi pekerja di situ.

Artikel berkaitan: “Tak sempat duduk SOLD OUT pukul 6!’ – Peniaga Bazar Syukur Jualan Licin Lepas Ikut Nasihat Netizen

Artikel berkaitan: “Jangan hina rasa donut macam b*bi” – Faiz Soul Terkejut, Pernah Jual Harga Sama 2 Tahun Lalu Tapi Tak Dikecam

Punca kejadian tersebut bermula hanya disebabkan isu kekurangan stok telur di mana pemilik tersebut didakwa gagal mengawal emosi sehingga tergamak mengeluarkan kata-kata kesat seperti perkataan “sial” di hadapan pelanggan yang sedang beratur menunggu pesanan.

Situasi menjadi semakin tegang apabila pemilik itu terus membebel memarahi pekerjanya tanpa menghiraukan kehadiran orang ramai, malah Adriana yang ketika itu sedang melakukan sesi Live di TikTok turut menyaksikan reaksi pelanggan lain yang kelihatan sangat kekok dan serba salah dengan drama yang berlaku di depan mata mereka.

Apa yang paling menyentuh hati Adriana adalah apabila melihat reaksi salah seorang pekerja wanita di gerai berkenaan. Walaupun cuba ditenangkan oleh Adriana dengan kata-kata semangat, pekerja tersebut akhirnya menitiskan air mata dipercayai kerana terlalu malu dan tertekan dihina di tempat terbuka.

“Hati saya hiba. Saya terus cakap kat akak yang saya order tu ‘takpe kak, AEON ada telur. Beli jelah. Belakang tu je’. Mungkin kerana terlalu malu dan lama menahan sebak sebab dimaki depan customer, dia menitiskan air mata,” tulis Adriana dalam hantaran tersebut.

Di akhir perkongsiannya, Adriana sempat menitipkan pesanan buat para peniaga agar lebih menghargai pekerja dan menjaga adab terutamanya ketika sedang mencari rezeki di bulan mulia. Beliau menegaskan bahawa walaupun pekerja melakukan kesilapan, ia tidak memberi lesen kepada majikan untuk memaki hamun mereka sehingga menjatuhkan maruah di hadapan orang ramai.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.