Seorang pesara warga emas direman enam hari bermula hari ini selepas cucunya yang berusia 13 tahun mendedahkan menjadi mangsa rogol lelaki terbabit sepanjang tahun lalu.
Menurut laporan, kes mula terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian yang dialaminya kepada ibunya yang kemudian membuat laporan polis dua hari lalu.
Siasatan awal mendapati, mangsa berusia 13 tahun dan tinggal bersama datuknya di sebuah rumah dalam daerah Batu Pahat selepas ibu bapanya bercerai.
Bagaimanapun, pada April lalu, mangsa dibawa pulang oleh ibunya ke sebuah negeri di utara Semenanjung.
Kejadian berlaku sepanjang tahun lalu
Daripada maklumat awal, ibu mangsa mula mengesyaki sesuatu selepas mendapati anaknya menghantar mesej kepada seorang kenalan.
Pada mulanya remaja itu tidak menceritakan perkara sebenar, namun akhirnya mengaku menjadi mangsa rogol yang didakwa dilakukan oleh datuknya sendiri.
Siasatan juga mendapati kejadian berkenaan dipercayai berlaku sepanjang tahun lalu dengan insiden terakhir dikatakan berlaku pada Disember tahun yang sama.
Susulan laporan dibuat, polis menahan suspek bagi membantu siasatan berhubung kejadian terbabit.
Artikel berkaitan: Atuk Mengandungkan Cucu Sebelum Cuba Gugurkan Kandungan Guna ‘Hanger’ Baju
Artikel berkaitan: “Tak tahu benda ni salah.” – Budak 11 Tahun Baru Sedar Dia Dirogol Atuknya Selama Setahun

Terdahulu, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang wanita memarahi bapanya berhubung dakwaan merogol anak perempuannya.
Video berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen sebelum pihak berkuasa mengesahkan siasatan sedang dijalankan.
Sumber: Sinar Harian

8 hours ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















