Tindakan pantas Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu berjaya mengelakkan satu kejadian yang tidak diingini apabila beliau menyelamatkan seorang pelajar perempuan daripada cubaan terjun dari tingkat dua sebuah sekolah menengah.
Dalam kejadian sekitar jam 9.30 pagi tadi, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memujuk pelajar berusia 14 tahun itu yang dipercayai berada dalam keadaan tertekan.
Selepas berjaya menenangkan keadaan, Azli menghampiri pelajar tersebut sebelum bertindak pantas menarik tangannya dan membawanya ke tempat yang lebih selamat.
Mangsa kemudian dibawa ke bilik rehat sekolah sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Artikel berkaitan: “Dia pun tak sedar semua tu” – Pelajar Duduk Di Belebas Tingkap Asrama Disyaki Alami Gangguan ‘Anxiety’
Artikel berkaitan: Murid Darjah 5 Jatuh Dari Tingkat 3 Sebab Cuba Tangkap Burung
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Thoiyibah Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.33 pagi sebelum tujuh anggota bersama sebuah jentera LFRT dan sebuah kenderaan utiliti dikerahkan ke lokasi.
Sebaik tiba di sekolah, anggota bomba mendapati pelajar berkenaan berada dalam keadaan agresif sambil memegang senjata di tingkat dua bangunan sekolah terbabit.
Menurut beliau, berdasarkan maklumat awal yang diterima daripada pihak sekolah, pelajar itu dipercayai ada meluahkan tekanan emosinya di dalam sebuah buku latihan.
“Anggota bomba turut membantu menenangkan keadaan dan bersedia memberikan bantuan sehingga mangsa berjaya dibawa ke tempat selamat sebelum diserahkan kepada pihak kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sumber: Berita Harian

11 hours ago
9































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















