Ft Didi

Penyanyi Didi Astillah memohon maaf kepada orang ramai jika video tular gurauan sambutan hari ulang tahun ibunya itu telah mengundang rasa kurang senang orang ramai.

Pemilik nama sebenar Dayang Nazilah Awang Astillah berkata, dia menghormati segala pandangan, namun gurauan sebegitu bukan sesuatu yang baharu dalam keluarganya.

Artikel berkaitan : Didi Astillah Buat ‘Prank’ Sempena Hari Jadi Ibu, Reaksi Syed Saddiq Jadi Tumpuan

Artikel berkaitan : “Sebab nak tutup aib awak, awak buka aib orang lain” – Aisyah Aziz ‘Bergaduh’ Dengan Didi Astillah?

“Pada yang tidak tahu, ini bukanlah perkara baharu atau kali pertama saya buat. Mungkin pengikut yang sudah lama mengikuti saya pernah melihat perkara sama sebelum ini, cuma ketika itu kurang mendapat perhatian.”

Jelas adik kepada Bella Astillah itu lagi, majlis berkenaan sebenarnya berlangsung secara tertutup di sebuah bilik persendirian yang ditempah khas dan tidak membabitkan pelanggan lain.

Tambahnya rakaman video itu menjadi tular apabila ia dimuatnaik tanpa pengetahuannya oleh ahli pasukan yang berada di lokasi itu.

Didi

“Apa pun, saya minta maaf jika ada pihak yang kurang selesa. Untuk pengetahuan semua, kami sudah menempah tempat itu secara tertutup dan ada ahli pasukan yang memuat naik video itu tanpa bertanya terlebih dahulu. Mereka juga sudah memohon maaf.”

Selain itu Didi turut meminta orang ramai supaya tidak mengaitkan ahli keluarganya mengenai isu berkenaan termasuk tunang kakaknya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.