Dikecam Kerana Buat ‘Crowdfunding’, Jemaah M’sia Terkandas Beri Penjelasan & Mahu Pulang Semula Sumbangan

3 hours ago 7

Isu jemaah terkandas di Tanah Suci pada minggu lalu telah menerima perhatian ramai selepas  seorang jemaah wanita meminta pertolongan rakyat Malaysia untuk menyalurkan sumbangan kepadanya.

Sumbangan itu menurutnya akan digunakan untuk membantu dia bersama jemaah lain untuk menampung perbelanjaan mereka yang terkandas di Jeddah kerana tidak dapat pulang ke tanah air susulan dengan isu peperangan di Asia Barat.

Dalam pada itu, jemaah wanita ini juga didakwa mendedahkan bahawa pihaknya masih belum mendapat sebarang maklumat daripada pihak agensi pelancongan mengenai status kepulangan mereka ke Malaysia.

Artikel berkaitan: “Kitaorang terpaksa keluar dari hotel ni” –  Jemaah Malaysia Rayu Bantuan Orang Ramai Untuk Pulang Ke Tanah Air

Artikel berkaitan: “Takkan nak tinggalkan jemaah terkontang-kanting” – Tular Isu Jemaah Umrah Terkandas Di Jeddah, Ini Jawapan TA

Tidak dimaklumkan sebarang berita 

Susulan tularnya isu tersebut pihak agensi pelancongan berkenaan telah tampil memberikan respon dan menceritakan situasi yang sebenar yang terjadi.

Tidak cukup dengan itu, ada juga beberapa pihak lain yang menyuarakan pendapat mereka dengan menegur tindakan jemaah wanita tersebut sebagai salah, termasuklah para pendakwah.

Screenshot 2026 03 09 160930

Disebabkan itu, jemaah tersebut yang dikenali sebagai @Chayen baru-baru ini tampil memberikan respon terhadap segala pertikaian yang timbul sehingga dirinya dikecam teruk oleh warganet.

Jelasnya, dia bersama jemaah lain tidak mengetahui bahawa penerbangan mereka akan ditanggung pada waktu itu dan Chayen memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terlibat atas tindakannya itu.

Dalam pada itu, Chayen turut menceritakan tujuan dan sebab dia bertindak memohon bantuan kepada orang ramai.

“Kami tidak mendapat update daripada pihak travel agency tentang tiket penerbangan kami untuk pulang ke tanah air, berkenaan dengan hotel. Apabila kami sudah pun mendapat arahan untuk keluar daripada hotel, kami tidak mendapat jawapan daripada pihak travel agency di manakah kami akan tinggal esok. Kami tak ada status tentang tempat kediaman kami.”

Screenshot 2026 03 09 160949

Jelas Chayen, pihak agensi pelancongan mula memberikan respon setelah Chayen memaklumkan kepada satu group Whatsapp bahawa Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh ada menghubunginya untuk bertanyakan keadaannya bersama jemaah lain di Jeddah.

“Sepatutnya apabila berlaku isu sebegini janganlah tunggu jemaah tanya, ramai ahli keluarga kami bertanyakan mengenai status seterusnya kepada kami.”

“Selain itu apa yang dipromosikan dalam flyers umrah, tidak sama dengan apa yang jemaah dapat, salah satunya pengangkutan yang tidak disempurnakan seperti di dalam pakej.”

Dikecam teruk sebab ada pendakwah viralkan

Screenshot 2026 03 09 161016

Jelas Chayen, berikutan dengan tularnya isu itu, dia berasa terancam kerana pihak agensi pelancongan didakwa telah membocorkan maklumatnya di KLIA, dan dia juga mendakwa pihak agensi pelancongan telah menggesa media mengerumuninya di KLIA.

“Pihak sana juga telah merakam video saya secara senyap-senyap semasa saya berada di airport. Bukan itu sahaja, saya juga telah diancam oleh orang luar sebaik sahaja memuat naik video membahaskan tentang saya dan pihak agensi pelancongan juga telah meletakkan muka saya di dalam video yang dilakukan oleh mereka.”

Chayen juga menunjukkan foto tangkap layar kecaman yang dilemparkan kepadanya. Tegasnya, dia tidak pernah menyebut nama agensi pelancongan berkenaan.

Menjawab isu memadam video sebelum ini, Chayen menjelaskan tujuannya adalah untuk menghentikan segala sumbangan dan untuk mengelakkan dirinya daripada dilabel sebagai scammer.

@chayennn6

Berikut merupakan video panjelasan daripada saya 🙏🏻

♬ original sound – Chayen – Chayen

Wanita ini pada masa yang sama juga bersedia untuk memulangkan semula wang yang disumbangkan kepadanya dan memohon agar orang ramai menghentikan ‘derma’ sebanyak 1 sen sambil melabelkan dirinya scammer kerana ia boleh menyukarkan urusan.

Dalam pada itu, Chayen juga berkongsikan kepada Lobak Merah, bahawa dia akan membawa kes ini kepada pihak yang berwajib untuk tindakan seterusnya.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |