“Dilarang masuk!” – Bekas Jurulatih Dihalang Masuk Kedai Selepas Korea Selatan Tersingkir Dari Piala Dunia

9 hours ago 4

Kemarahan penyokong bola sepak Korea Selatan terhadap Hong Myung Bo dilihat masih belum reda apabila beberapa premis perniagaan di negara itu mula memaparkan notis melarang bekas jurulatih skuad kebangsaan itu daripada memasuki premis mereka.

Tindakan luar biasa itu dipercayai berpunca daripada kekecewaan rakyat selepas Korea Selatan tersingkir awal daripada saingan Piala Dunia 2026, sekali gus menjadikan Myung Bo antara individu paling dibenci ketika ini.

Menurut laporan, sebuah pasar raya dan restoran barbeku dilaporkan meletakkan papan tanda yang melarang Myung Bo daripada memasuki premis mereka, berdasarkan gambar yang dikongsi di Reddit.

Screenshot 2026 06 29 171252

Myung Bo meletakkan jawatan sehari selepas pasukannya tewas kepada Afrika Selatan yang sekali gus tersingkir daripada kejohanan itu.

Peletakan jawatannya berlaku beberapa jam selepas Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung mengkritik prestasi pasukan itu.

Jae Myung dalam satu kenyataan menyalahkan ‘individu yang tidak kompeten’ sebelum memohon maaf kepada rakyat negaranya.

Kenyataan presiden itu mencerminkan kemarahan awam yang sudah memuncak selepas bertahun-tahun rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan bola sepak Korea Selatan.

Artikel berkaitan: “Balik rumah, solat 2 rakaat” – Pemain Maghribi Titip Nasihat Kepada Gessime Yassine Selepas Jaringkan Gol

Artikel berkaitan: Kecoh Di Media Sosial Peminat K-Pop Asia Tenggara ‘Bertelagah’ Dengan ‘Fans’ Dari Korea, Rupanya Sebab Ini….

Sementara itu, penyokong Korea Selatan mendesak supaya rombakan menyeluruh dilakukan di peringkat tertinggi bola sepak negara itu.

1782621685614947 03D38Bef9D Berita Lhokseumawe 1

Tiada majlis sambutan kepulangan

Berikutan situasi yang berlaku kepada pasukan Taegeuk Warriors ketika ini, Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) tidak merancang sebarang majlis sambutan kepulangan.

Pada edisi sebelum ini, penyokong yang marah membaling gula-gula tradisional Korea ke arah pemain ketika mereka pulang dari Piala Dunia di Brazil selepas turut tersingkir di peringkat kumpulan ketika Myung Bo mengharungi penggal pertamanya sebagai jurulatih.

SABÍAS QUE…

¿En 2018, luego de quedar eliminados en fase de grupos, periodistas lanzaron huevos a la selección surcoreana a su regreso? 😂

¿Cómo les irá ahora? 🤯 pic.twitter.com/oas9LbdMIw

— K League en Español 🇰🇷⚽️ (@KLeagueEspanol) June 28, 2026

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |