Syarikat pengurusan Stars Entertaiment Powerhouse tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah terhadap artis di bawah naungannya iaitu Alya Iman yang dikatakan menjadi punca pasangan artis bercerai baru-baru ini.
Pihaknya turut menyangkal dakwaan tersebut kerana ia telah menjejaskan reputasi pelakon tersebut dan menggesa agar pihak berkenaan tidak melakukan penyebaran itu dan menurunkan sebarang kandungan kepada mana-mana pihak yang menyebarkannya.
Artikel berkaitan: Tuduh Zizi Kirana ‘Terlanjur’ Masa Program Solidariti Gaza, PU Rahmat ‘Sound’ Netizen Biadab
Artikel berkaitan: Yusuf Bahrin Sah Bercerai Dengan Zizi Kirana Dengan Talak Satu
Didakwa jadi orang ketiga

Isu ini mula timbul apabila ada netizen didakwa membuat spekulasi dengan memetik nama Alya Iman menerusi platform Threads sambil menayang gambar Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin.
Dilihat Yusuf Bahrin ada memberikan respon menerusi ruangan komen dengan meminta individu tersebut untuk berhenti menyebarkan fitnah atau berdepan tindakan undang-undang.

Untuk rekod, penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Yusuf Bahrin sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.
Sebelum itu, pasangan ini menjadi tumpuan apabila mereka didakwa tidak menyambut 1 Syawal bersama walaupun masih bergelar suami isteri.
Sumber : Instagram, Berita Harian

16 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















