Dituduh Tiada Empati Terhadap Pelanggan Bawa Bayi, Khairul Aming Tampil Bagi Penjelasan

10 hours ago 10

Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming menyangkal dakwaan yang mengatakan dirinya tiada empati terhadap mana-mana pelanggan yang membawa kanak-kanak dan bayi kerana memasukkan golongan ini sebagai jumlah (pax) untuk membuat tempahan.

Ia selepas tularnya keluhan individu yang mendakwa kakitangan restoran miliknya, Rembayung telah melarang bayi untuk masuk ke premis tersebut.

Artikel berkaitan: “Ada 800 pelanggan sehari” – Khairul Aming Respon Pelanggan Merungut Staf ‘Snap’ Banyak Gambar

Artikel berkaitan: “Ini bukan resipi authentic, try at your own risk” – Khairul Aming Beri ‘Disclaimer Makan Dalam’, Kongsi Resepi Spageti Bolognese

“Pernah terjadi bermacam-macam insiden sepanjang 6 bulan Rembayung beroperasi”

Tidak berdiam diri, Khairul Aming tampil memberikan kenyataan secara terbuka menerusi Instagram miliknya untuk menyangkal dakwaan yang mengatakan dirinya melebih-lebih dan menyusahkan pelanggan.

Sebaliknya, Khairul Aming atau lebih mesra dengan sapaan KA, menegaskan bahawa ia dilakukan demi memastikan keselamatan bayi di dalam premisnya.

Katanya, sepanjang 6 bulan Rembayung beroperasi, Khairul Aming pernah membenarkan bayi masuk tanpa perlu dikira pax.

“Semasa awal-awal kita berniaga hari itu, kita beritahu parents kalau nak bawa baby, nak pegang kat tangan semua tiada masalah. Tapi realitinya, ramai parents datang ke Rembayung bawa baby dalam stroller, ada yang tengah tidur dan sebagainya lah.”

KA turut melampirkan gambar ruang dalaman premisnya yang menunjukkan laluan di antara meja dan kerusi pelanggan agak terhad untuk pekerjanya menggunakan laluan itu sambil membawa makanan.

“Korang boleh nampak di setiap meja itu ada laluan kiri kanan, depan, belakang untuk lauk pauk panas keluar masuk termasuk air dalam cawan kaca. Katakan kalau ada 4 parents datang bawa 2 baby dalam stroller yang sedang tidur, persoalannya kat mana kita nak parking stroller tersebut.”

“Bayangkan lauk pauk yang panas tengah lalu dan air dalam cawan kaca, kalau tertumpah, kena dekat stroller dan kena dekat baby, itu akan jadi safety issue sebab tu KA minta baby dikira number of pax supaya kita boleh keluarkan kerusi dewasa dan masukkan stroller di dalam, supaya dapat makan dengan selamat.”

Screenshot 2026 06 22 153820

Dalam pada itu, KA juga ada menceritakan pengalaman berdepan dengan ragam pelanggan yang mendakwa dirinya kejam tidak memberikan kanak-kanak masuk ke premis.

“Kita pernah ada kes dia nak dewasa duduk dalam, baby duduk di luar biar parents yang jaga dan selepas family tu dah balik rumah, dia up status dekat threads dia kata, sampai hati Khairul Aming dan staff Rembayung biarkan baby dekat luar tengah panas sampai parents kena rotate keluar masuk jaga baby.”

Again, baby tak tahu pun apa yang terjadi, baby patut duduk dekat dalam, duduk dalam aircond, dalam kipas, yang selesa yang patut mengalah adalah orang dewasa, bukan kanak-kanak. Benda ni pernah terjadi dekat Rembayung.”

“Kita bagi, baby kata duduk di luar, naratif dipusing, nampak saya yang kejam sebab biarkan baby duduk di luar tu, sedangkan parents yang buat decision nak biar orang dewasa masuk kat dalam tu. Sebab tu KA update SOP tersebut.”

Screenshot 2026 06 22 153844

Dalam pada itu, KA menegaskan bahawa tujuan dia mengenakan SOP yang terbaharu ini adalah untuk memastikan keselamatan golongan bawah umur ini terjamin. KA juga menjawab kecaman mana-mana individu yang membandingkan Rembayung dengan premis lain.

“Maybe di mata orang ramai, saya nampak kejam, saya nampk tak ada empati, saya nampak tak bertolak ansur dan mengarut sebab orang lain boleh buat kenapa Rembayung je buat peraturan macam ni, saya remind banyak kali, Rembayung tak sama macam kedai lain.”

“Situasi tak sama, kita dah fully booked 1000 pelanggan setiap hari, untuk 2 minggu ke depan, saya tak boleh nak kawal tanpa SOP yang jelas dan ketat sebab ini akan bermain dengan isu keselamatan jadi, banyak kali saya menegaskan saya buat benda ni sebab safety issue.”

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |