4fifa

Kisah hitam hukuman Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan negara memasuki fasa baharu apabila khabar angin menyebut pengurusan skuad kebangsaan bakal melantik peguam sukan antarabangsa terbaik bagi mengendalikan kes berprofil tinggi itu. Langkah ini dilihat sebagai harapan baharu untuk meringankan hukuman yang disifatkan terlalu berat.

Screenshot 2025 10 04 at 3.27.06 PM

Menurut laporan Harian Metro, kes membabitkan undang-undang bola sepak antarabangsa amat kompleks dan tidak boleh dipandang ringan. Hanya peguam yang benar-benar berpengalaman luas diyakini mampu memastikan setiap dokumen serta hujahan rayuan dikemukakan kepada FIFA tanpa sebarang kecacatan teknikal.

FAM dan tujuh pemain warisan negara iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel, Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado dan Imanol Machuca sebelum ini digantung selepas Jawatankuasa Tatatertib FIFA mendapati berlaku pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berhubung isu pemalsuan dokumen kelayakan.

FIFA memberi tempoh hanya 10 hari untuk FAM mengemukakan rayuan, sekali gus memaksa badan induk itu bergerak pantas bagi melantik barisan peguam terbaik dari luar negara. Kes ini tercetus selepas aduan rasmi dikemukakan berhubung kelayakan beberapa pemain yang diturunkan ketika aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun lalu.

Screenshot 2025 10 04 at 3.26.35 PM scaled

Hasil siasatan, FIFA mengenakan denda CHF350,000 (bersamaan kira-kira RM1.8 juta) terhadap FAM, manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (RM10,560) serta digantung 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak. Hukuman berat ini bukan sahaja memberi tamparan kepada karier pemain terbabit, malah turut menjejaskan perancangan skuad kebangsaan dalam saingan antarabangsa.

Baca: FAM Kemuka Rayuan Rasmi Kepada FIFA Berkaitan Dokumen Palsu Pemain Harimau Malaya

Screenshot 2025 10 04 at 3.25.49 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.