kejohanan ragbi

Semalam, negara dikejutkan dengan berita seorang pelajar lelaki  sekolah menengah berusia 16 tahun yang meninggal dunia ketika sedang menyertai Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) peringkat kebangsaan 2025 di Ipoh, Perak.

kpm 1Gambar Sekadar Hiasan

Terkini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi suatu kenyataan di Facebook rasmi KPM mengumumkan mereka akan membatalkan kejohanan yang sepatutnya berlangsung sehingga esok.

Difahamkan, kejohanan tersebut akan dijadualkan semula pada satu tarikh baharu sebagai menghormati pemergian Allahyarham adik Muhammad Fauzan Mohd Sulaiman.

kpm

Artikel berkaitan: Berkedalaman 1.8 Meter, Murid Tahun 3 Maut Jatuh Dalam Saluran Kumbahan Di Sekolah

Artikel berkaitan: Tergelincir Jatuh Di Kawasan Air Terjun Buntong Di Perak, Remaja Lelaki Berusia 17 Tahun Maut

Difahamkan, ketika pelajar berusia 16 tahun tersebut rebah ketika perlawanan, mangsa telah diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan yang bertugas.

Mangsa kemudiannya dibawa secepat mungkin ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Pihak KPM turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Sumber: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia, Facebook SBP Sevens 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.