Pavilion Negeri

Kini sedang berlangsung MAHA 2026 dari 28 Ogos hingga 6 September 2026 di MAEPS, Serdang.

Team Lobak Merah sempat berkunjung ke MAHA 2026 dan apa yang menarik perhatian kami ialah keistimewaan Pavilion Negeri yang terletak di District 2 yang berfungsi sebagai ‘mini showcase’ kepada setiap negeri dan bukan sekadar dipenuhi booth menjual barangan.

Setiap pavilion mempunyai keunikannya tersendiri, namun yang paling menarik perhatian ramai ialah persembahan yang dipertontonkan di setiap pavilion tersebut.

Artikel berkaitan: YB Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Tinjau Persiapan Akhir Menjelang Pembukaan MAHA 2026

Artikel berkaitan: MAHA 2026 Sasar 4 Juta Pengunjung, Tawar Pelbagai Tarikan Termasuk Pertunjukan Dron & Agro Safari

Menerusi video yang sempat kami rakam, Pavilion Perak, Pulau Pinang dan Perlis antara pavilion yang menarik perhatian pengunjung dengan persembahan dan tarian yang diadakan di ‘rumah’ negeri tersebut.

Img 3855 Scaled

Img 3865 Scaled

Img 3886 Scaled

Selain Pavilion Negeri, pengunjung juga boleh melawat beberapa kawasan pameran berhampiran seperti Laman Padi, Laman Nanas, Laman Sayur, Laman Perikanan dan Laman Florikultur.

Acara yang berlangsung selama 10 hari ini bakal melabuhkan tirainya pada Ahad, 6 September ini. Jom kunjungi MAHA 2026 hujung minggu ini!

Sumber: Lobak Merah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.