Sebuah bangunan yang seakan ‘flat’ dan perkampungan wang asing di Sungai Tekali, Hulu Langat yang tukar dan dipercayai ada kaitan dengan Rohingya akan dirobohkan.
Menerusi kenyataan yang dikongsikan kepada sumber, Pegawai Daerah Hulu Langat, Datuk Mohd Jusni Hashim berkata, struktur kediaman itu didapati telah dibina di atas tanah milik individu manakala struktur lain dibina secara tidak sah di atas rizal jalan dan sungai.
Artikel berkaitan: Pernah Dibangkitkan, ADUN Dusun Tua Perjelas Sebab Flat ‘Haram’ Warga Asing Masih Wujud
Artikel berkaitan: Seorang Kanak-kanak Lelaki Maut Terjatuh Dari Tingkat 8 Sebuah Flat di Pelabuhan Klang
Tambah beliau, pihak berkuasa sudah mengambuil pelbagai tindakan penguatkuasaan sejak 2017, namun isu tersebut masih berulang.

“Untuk rekod, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Langat sudah mengeluarkan Notis Amaran Pendudukan Secara Tak Sah kepada pemilik struktur kediaman terbabit pada tahun 2017, 2020, 2021 dan yang terkini pada 13 Mac 2025.”
“Malah, satu operasi perobohan bersepadu pernah dilaksanakan pada tahun 2017 membabitkan pelbagai agensi termasuk PDT Hulu Langat, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Jabatan Kerja Raya (JKR), Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).”
Tambah beliau, MPKj juga akan mengeluarkan notis dan tawaran kompaun pada 2019, 2020 dan 2021 atas kesalahan mendirikan bangunan tanpa kebenaran bertulis mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
“LUAS juga membuka kertas siasatan pada tahun lalu mengikut Seksyen 43(4) dan Seksyen 70(3) Enakmen LUAS 1999 terhadap pihak yang dipercayai bertanggungjawab mendirikan struktur tanpa kebenaran.”
“Jika disabitkan kesalahan, pihak yang terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.”
Kata Mohd Jusni lagi, tindakan penguatkuasaan itu turut membabitkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor yang menyertai operasi bersama PDRM menerusi Ops Kutip pada 28 Februari tahun lalu.
Hasil oeprasi tersebut, seramai 42 warga asing yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 telah ditahan.
Berikutan itu, beliau menegaskan bahawa bangunan kediaman bertingkat yang tular di media sosial itu bakal dirobohkan mengikut peruntukan undang-undang.
“Berhubung bangunan kediaman bertingkat yang dimaksudkan, satu tindakan perobohan akan dilaksanakan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.”
“PDT Hulu Langat bersama semua agensi penguatkuasaan daerah sentiasa komited dalam menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah kerajaan berlandaskan lunas undang-undang yang berkuat kuasa.”

Sebelum ini, penyampai radio, Azad Jasmin ada kongsikan kewujudan flat empat tingkat yang dilihat uzur bersertakan sambungan paip air dan pendawaian elektrik yang mencurigakan yang dipercayai didiami komuniti Rohingya di Hulu Langat.
Hasil tinjauan daripada Harian Metro mendapai bahawa unit kediaman itu disewakan kepada warga asing sejak tahun 2016 dengan kadar RM600 hingga RM700 sebulan.
Sumber : Harian Metro

6 hours ago
9






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















