Tiada perkara yang dapat mencerminkan kepelbagaian budaya dan perpaduan di Malaysia lebih baik daripada makanannya. Dari kopitiam kejiranan dan warung mamak yang sentiasa meriah, sehinggalah resipi warisan keluarga yang diwarisi turun-temurun, makanan senantiasa menjadi sebahagian daripada cara rakyat Malaysia meraikan kebersamaan, mengeratkan hubungan, dan mencipta kenangan indah.
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun ini, foodpanda Malaysia secara rasminya melancarkan kempen kebangsaan bertajuk ‘Satu Rasa Bersama’. Kempen ini diilhamkan daripada kepelbagaian cita rasa, keunikan masyarakat, serta momen harian yang menjadikan Malaysia sebuah tanah air yang dicintai.
Bermula dari 16 Ogos hingga 27 September 2026, kempen ini bakal membawakan pelbagai promosi eksklusif, cenderamata edisi terhad, aktiviti interaktif, serta inisiatif kemasyarakatan yang menggalakkan rakyat Malaysia meraikan musim perayaan sambil menyokong perniagaan dan komuniti tempatan.

Mengeratkan Hubungan Menerusi Cita Rasa Tempatan
Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Kenneth Soh, berkata:
Sebagai platform yang berkhidmat kepada jutaan rakyat Malaysia setiap hari, kami menyaksikan sendiri bagaimana makanan mempunyai kuasa untuk menyatukan masyarakat merentasi budaya dan komuniti.
‘Satu Rasa Bersama’ mencerminkan komitmen kami untuk meraikan semangat unik Malaysia dengan menghubungkan pelanggan kepada hidangan kegemaran mereka dan rakan penghantar menerusi pengalaman yang memberikan nilai penjimatan lebih besar, sambil meraikan kepelbagaian budaya makanan tempatan.
“Kami berharap kempen ini mengilhamkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menikmati hidangan kegemaran tempatan sambil mencipta momen bermakna bersama keluarga dan rakan-rakan.”
Artikel berkaitan: Bazar Ramadan Putrajaya Kini Digital Bersama foodpanda Malaysia, Menghantar Juadah Kegemaran Terus ke Pintu Rumah Rakyat Malaysia
Artikel berkaitan: Viral Video Menapak Bawah Panas Hantar Makanan, Foodpanda ‘Walker’ Dapat Hadiah Basikal
Ringkasan & Tawaran Menarik Kempen ‘Satu Rasa Bersama’
1. Penjimatan Langganan pandapro Merdeka
-
Tarikh: 16 Ogos – 20 September 2026
-
Tawaran: Potongan harga sehingga 69% bagi pelan langganan 12 bulan pandapro menggunakan kod promo MERDEKAPRO.
2. Kemeriahan di Perarakan Merdeka Putrajaya
-
Tarikh: 31 Ogos 2026
-
Aktiviti: foodpanda bakal menyertai Perarakan Hari Kebangsaan di Putrajaya. Pengunjung dijemput singgah ke reruai (booth) foodpanda untuk menyertai permainan interaktif, ganjaran menarik, sesi fotografi, serta ramah mesra bersama maskot ikonik Pau-Pau.
-
Keistimewaan: Tebus langganan Percuma 1 Bulan pandapro khas di booth pada 31 Ogos (terhad kepada 1,000 penebusan pertama sementara stok masih ada).
3. Koleksi Figurin Pau-Pau Edisi Terhad
-
Tarikh: 31 Ogos – 27 September 2026
-
Cara Penebusan: Belanja minimum RM35 dalam satu pesanan menerusi rakan restoran terpilih — termasuk Bungkus Kaw Kaw, Ayam Gepuk Pak Gembus, Sugarbun, dan Mixue — untuk menebus figurin edisi terhad Merdeka ini (dikeluarkan secara berfasa).

4. Diskaun Barangan Dapur & Runcit
-
Tarikh: 31 Ogos – 16 September 2026
-
Tawaran: Diskaun sehingga RM15 bagi barangan runcit terpilih menerusi kedai foodpanda dan pandamart.
Melangkaui tawaran promosi, kempen ini turut menyalurkan bantuan barangan keperluan harian dan isi rumah kepada komuniti yang memerlukan di seluruh Malaysia.
Maklumat lanjut mengenai rakan peniaga yang mengambil bahagian, aktiviti kempen, dan tawaran promosi boleh didapati menerusi aplikasi foodpanda serta saluran media sosial rasmi foodpanda Malaysia.
Sumber: Foodpanda

2 hours ago
3






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















