Dalam kesibukan menguruskan perniagaan yang semakin berkembang, usahawan dan pempengaruh terkenal Khairul Aming sempat memberi fokus kepada kesihatannya apabila beliau sekali lagi berjaya menurunkan berat badan pada tahun ini.
Pemilik restoran Rembayung itu berkongsi perkembangan tersebut dalam sebuah video yang menunjukkan perubahan fizikalnya selepas setahun.
Menurut usahawan itu, dia berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 24 kilogram selepas konsisten ke gim dan bersenam walaupun sibuk menguruskan perniagaannya.
“Ini hasil selepas turun 24kg dalam masa setahun. Walaupun penat tidak rehat dari tahun lepas, KA wajibkan pergi gym setiap hari dan jaga makan,” ujarnya.
Dalam video itu, Khairul Aming berkongsi perbandingan keadaan dirinya sebelum dan selepas setahun konsisten bersenam, dengan perubahan pada fizikalnya yang jelas kelihatan.
Selain rutin ke gim, dia juga konsisten mengamalkan pemakanan sihat (eat clean) secara berdisiplin.
@khairulamingIni hasil selepas turun 24kg dalam masa setahun Walaupun penat tak rehat dari tahun lepas, KA wajibkan pergi gym setiap hari dan jaga makan. Bermula dari zaman bina rembayung, shoot video puasa, sampai ke launching Sambal Bilis, tetap eat clean and bersenam. Ni hasil selepas setahun jaga disiplin 🥹
♬ original sound – Lish_Williams
Artikel berkaitan: Doktor ‘Complain’ Kongsi Resepi Tak Sihat, Khairul Aming Tampil Bagi Respon
Artikel berkaitan: Khairul Aming Dedah Turunkan 20KG Berat Dalam Setahun, Ramai Terinspirasi Untuk Jaga Kesihatan
Rata-rata netizen yang melihat perkongsian itu memuji kecekalan Khairul Aming yang kekal berdisiplin dalam misi penurunan berat badan.

Terdahulu, Khairul Aming juga pernah menurunkan berat badannya sebanyak 20kg pada tahun 2023 selepas mula tersedar apabila pakaian yang dipakai semakin ketat dan mudah berasa penat ketika berjalan.
Sumber: TikTok

3 hours ago
2































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















