Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memutuskan untuk menghentikan pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun berkuat kuasa serta-merta.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata, keputusan itu dibuat selepas beberapa pemegang pasport berdepan masalah ketika mahu melakukan perjalanan ke luar negara.
Menurut beliau, sebelum ini, Imigresen sudah merujuk perkara itu kepada International Civil Aviation Organization (ICAO) dan maklum balas yang diterima tidak menghalang pelaksanaan tempoh sah laku PMA melebihi 10 tahun.
Artikel berkaitan: Tempoh Sah Laku Pasport Malaysia Dilanjut Sehingga 10 Tahun! Ini Kadar Fi Baharu
Artikel berkaitan: Pasport Malaysia Antarabangsa Baharu Dengan Tempoh Sah Laku 10 Tahun Mula Dilaksanakan
Bagaimanapun, kekeliruan timbul apabila beberapa pemegang pasport melebihi 10 tahun menghadapi masalah semasa pendaftaran masuk dengan beberapa syarikat penerbangan di luar negara.
Antara kekeliruan yang berlaku adalah berkaitan syarat tambahan tempoh sah laku enam bulan yang ditafsirkan secara berbeza oleh sesetengah syarikat penerbangan.
Susulan isu yang timbul, JIM menetapkan:
- Tempoh maksimum PMA ialah 10 tahun sahaja.
- Pengeluaran PMA melebihi 10 tahun dihentikan serta-merta.
- Pemegang PMA sedia ada sah lebih 10 tahun boleh menukar pasport secara percuma.
- Pasport baharu akan mempunyai tempoh sah laku maksimum 10 tahun.
- Pemegang pasport yang terlibat akan diberi keutamaan dalam urusan penggantian.
- JIM juga akan memaklumkan semua syarikat penerbangan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas ketika berada di luar negara.


Sumber: Berita Harian

7 hours ago
5































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















