Seorang bekas peserta program realiti nyanyian dan komedi tempatan diarah menjalani hukuman penjara selama 10 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Petaling bermula hari ini.
Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Hakim Syarie, Mohd Saifullah Hamzah, berikutan kegagalan lelaki berkenaan mematuhi perintah mahkamah untuk menjelaskan tuntutan mutaah dan hutang dalam perkahwinan berjumlah RM108,200.
Artikel berkaitan: Buat Aksi ‘Superman’ Dekat Kuantan, 3 Remaja Perempuan Ditahan & Dihadapkan Ke Mahkamah
Artikel berkaitan: Guru Tergamak Gadai Laptop Pelajar Sebab Nak Bayar Hutang Online
Peguam Syarie yang mewakili bekas isteri (Pemiutang Penghakiman), Nurul Hanan Jasmin daripada Tetuan NAI Hanan & Partners, mengesahkan bahawa tiada sebarang pembayaran dibuat oleh individu berkenaan walaupun bayaran sepatutnya dijelaskan selewat-lewatnya pada September dan Oktober 2025.
“Kes ini membabitkan dua tuntutan yang difailkan bekas isteri, iaitu tuntutan mutaah dan hutang dalam perkahwinan. Bagaimanapun, sehingga hari ini, tiada sebarang bayaran dibuat walaupun sesen,” katanya.
Meskipun diberikan ruang dan peluang melalui Notis Tunjuk Sebab untuk menjelaskan mengapa beliau tidak patut dipenjarakan, pihak mahkamah mendapati alasan yang dikemukakan adalah tidak memadai dan tidak munasabah.
Hakim Syarie turut menasihati selebriti berkenaan agar menggunakan kedudukannya sebagai public figure untuk menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat, terutamanya dalam menghormati dan mematuhi perintah mahkamah.
Pihak peguam turut menegaskan bahawa hukuman penjara 10 hari ini tidak melupuskan hutang asal.
Sebaik sahaja selesai menjalani hukuman, kewajipan bekas peserta program lawak itu untuk melunaskan tunggakan RM108,200 tetap kekal. Sekiranya masih ingkar, tindakan penguatkuasaan undang-undang seterusnya bakal diambil.
Sumber: Berita Harian

8 hours ago
6































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















