MAHA 2026 Sasar 4 Juta Pengunjung, Tawar Pelbagai Tarikan Termasuk Pertunjukan Dron & Agro Safari

2 hours ago 2

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 bakal kembali berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September 2026 di MAEPS, Serdang, dengan sasaran menarik sekitar 4 juta pengunjung sepanjang penganjurannya.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Isham Ishak, MAHA 2026 bukan sekadar sebuah pameran pertanian, sebaliknya menjadi platform yang menghimpunkan kerajaan, pemain industri, usahawan, pelabur, golongan belia serta masyarakat dalam satu ekosistem agromakanan.

Pada tahun ini, MAHA 2026 membawa tema “Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan” (Value Creation for Food Security) yang memberi penekanan kepada penggunaan teknologi, inovasi, pemprosesan dan pemasaran dalam meningkatkan nilai sektor agromakanan negara.

Sasar 4 juta pengunjung, 2,000 pempamer

B6Ac1Bc8 1Bdf 440C A07E 0F873D026Eb4

Selain sasaran 4 juta pengunjung, MAHA 2026 turut menyasarkan penyertaan kira-kira 2,000 pempamer dari dalam dan luar negara.

Dari sudut ekonomi pula, penganjur menyasarkan sekurang-kurangnya RM58 juta nilai jualan langsung serta RM8 bilion potensi pelaburan melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA).

Pada masa sama, kira-kira 800,000 golongan belia disasarkan untuk terlibat dalam MAHA tahun ini sebagai usaha menarik generasi muda melihat sektor agromakanan sebagai bidang yang mempunyai potensi ekonomi dan kerjaya.

Ada pertunjukan dron, Agro Safari dan macam-macam lagi

Wow Maha 04

Bukan setakat datang tengok pameran pertanian, pengunjung MAHA 2026 juga boleh menikmati pelbagai aktiviti dan tarikan yang sesuai untuk seisi keluarga.

Antara yang bakal ditawarkan termasuk Taman Magika, pertunjukan laser, cahaya dan dron, Kota Keriangan Kanak-Kanak, Agro Safari serta pelbagai pertandingan agro.

Turut disediakan ialah Empayar Agromakanan, Fiesta Makanan, Santai & Rileks (Rest & Relax), Rhythm of the Farmers (ROTF), Pavilion Negeri, Rewang Warisan dan Sukan Rakyat.

Dalam masa sama, pameran Agroteknologi serta penglibatan Agropreneur Muda akan memberi peluang kepada pengunjung melihat sendiri perkembangan teknologi, inovasi dan idea baharu dalam sektor pertanian dan agromakanan.

14 negara sertai MAHA Go Global

Wow Maha 08

MAHA Go Global (MGG) yang memasuki tahun kedua pelaksanaannya pula bakal menampilkan penyertaan 14 negara menerusi International Country Pavilion.

Antaranya ialah Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, China, Rusia, Brazil, Kenya, Uzbekistan, Denmark, Hungary, Belanda, Sepanyol, Thailand dan Palestin.

Melaluinya, pemain industri berpeluang melihat teknologi pertanian, penyelesaian pertanian pintar dan produk daripada negara luar tanpa perlu ke luar negara.

Selain itu, hampir 2,000 pempamer produk agromakanan yang mempunyai produk sedia eksport akan dipertemukan dengan 40 pembeli antarabangsa menerusi segmen Hosted Buyer. Sesi padanan perniagaan ini dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 3 September sempena MAHA Trade Days.

Masuk percuma, shuttle pun disediakan

Maha 2026 Cream

Bagi menampung jumlah pengunjung yang ramai, sebanyak 4,800 lot parkir di Pintu 1 dan 1,500 lot di Pintu 2 akan disediakan dan paling penting, kemasukan untuk pengunjung awam adalah percuma.

Pengunjung juga digalakkan menggunakan pengangkutan awam dengan perkhidmatan shuttle percuma disediakan dari MRT UPM, KTM Serdang dan Putrajaya Central.

Parkir alternatif turut disediakan di MARDI, Padang Kawad UPM dan Dewan Kuliah Pusat UPM.

Selain itu, beberapa kemudahan seperti Sick Bay, petugas kesihatan, ambulans, perkhidmatan OKU, tandas dan surau tambahan, ruang makan serta perkhidmatan pengecasan telefon turut disediakan untuk keselesaan pengunjung.

Jadi, kalau korang nak tengok sendiri perkembangan teknologi pertanian, cari produk tempatan, menikmati pelbagai makanan atau sekadar mencari aktiviti bersama keluarga, bolehlah masukkan MAHA 2026 dari 28 Ogos hingga 6 September ini di MAEPS, Serdang dalam kalendar.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |