Seorang guru lelaki prasekolah berusia 42 tahun di Rembau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas 2 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak murid lelakinya yang berusia 8 tahun.
Tertuduh, Muhammad Shazali T Sharipudin membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Artikel berkaitan : Lakukan Amang Seksual Terhadap 9 Orang Murid Lelaki, Guru Hadap 11 Pertuduhan
Artikel berkaitan : Murid Darjah 5 Jatuh Dari Tingkat 3 Sebab Cuba Tangkap Burung
Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, tertuduh telah melakukan perbuatan tidak bermoral itu pada 1 dan 3 April lalu di dalam kelas prasekolah pada jam 9 dan 10 pagi.
Berikutan itu, tertuduh telah melakukan sesuatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman dengan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan.
Namun, peguam yang mewakili tertuduh, Syed Amirul Syed Edros merayu agar jumlah jaminan diberikan perlu bersesuaian kerana gaji bersih tertuduh yang bekerja sebagai guru selama 17 tahun berpendapatan bersih RM 4,000 malah tertuduh masih lagi bujang serta menanggung ibunya.
Tambahnya lagi, tertuduh juga tidak ada risiko untuk melarikan diri dan hingga kini berada dalam jaminan polis selain telah dipindahkan ke Pejabat Pendidikan Daerah Rembau.

Oleh itu, mahkamah memutuskan jumlah jaminan sebanyak RM 8,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan bahawa suspek tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan serta perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sehingga kes selesai dan menyerahkan pasport kepada mahkamah hingga kes selesai.
Sebutan semula kes ditetapkan 15 September depan.
Sumber : Sinar Harian

1 hour ago
3































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















