Gagal Hubungi Anak Sulung, Netizen Mula Was-was Dakwaan Norish Karman Sedang Kritikal

16 hours ago 12

Baru-baru ini, industri hiburan digemparkan dengan khabar berita mengenai pelakon yang terkenal dengan drama bersiri Spa Q iaitu Norish Karman yang kini dikatakan sedang kritikal.

Bagaimanapun, kesahihan mengenai berita tersebut mula diragui apabila Harian Metro cuba menghubungi anak sulungnya iaitu Manda, namun gagal mendapat sebarang respon, bahkan kiriman mesej di Instagram ibunya dan Instagram peribadi juga tidak beroleh sebarang jawapan.

Bahkan, pihak Harian Metro juga ada menghubungi nombor telefon Norish yang sebelum ini turut digunakan Manda, panggilan yang dijawab tidak mempunyai sebarang suara.

Artikel berkaitan: “Saya akui agak kasar tapi soalan itu logik” – Norish Karman Akui DM Adik Benjy, Persoal Kebajikan Arwah Tak Terjaga

Artikel berkaitan: “Kalau mak aku baca, dua belah pipi kena tampar” – Adik Benjy Terima DM Dari “Norish Karman” Tuduh Keluarga Tak Tolong Arwah?

Netizen mula rasa ada yang tak kena?

Screenshot 2026 04 10 120207

Dalam pada itu, netizen meluahkan rasa curiga selepas Manda dikatakan mengguna akaun Threads milik Norish untuk berkongsi keadaan pelakon tersebut yang didakwa sedang kritikal.

Tindakan individu yang mendakwa dirinya ‘Manda’ membuka akaun GoGetFunding untuk kumpulkan dana bantuan kewangan juga telah menambah keraguan orang ramai setelah pertanyaan mengenai lokasi hospital Norish tidak dijawab.

Lapor sumber lagi, keraguan makin terasa apabila ayat yang digunakan di GoGetFunding juga dilihat tidak teratur, kata sumber, ia seolah-olah ayat yang sering digunakan oleh ‘scammer’ dari negara jiran.

Di samping itu, sumber yang cuba menghubungi Manda menerusi IG peribadinya, namun tidak ada sebarang maklum balas dan komen di hantaran terakhirnya yang menuntut penjelasan situasi.

Screenshot 2026 04 10 120228

Dalam pada itu, ketika sumber cuba hubungi seorang lagi anak Norish iaitu Haqiem Aoki untuk memberikan komen mengenai perihal ibunya dan meminta nombor telefon Manda, mereka mendapati bahawa Haqiem kini sudah berada di luar kawasan iaitu di China.

Difahamkan, setakat 12 tengah hari semalam, jumlah sumbangan yang terkumpul untuk membantu nasib Norish Karman telah mencecah lebih RM900. Ia selepas Manda menerusi akaun media sosial Norish ada memuat naik hantaran pilu mengenai keadaan ibunya yang dikatakan sedang kritikal sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda.

Sumber : Harian Metro, Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |