Gara-gara RM 62, Remaja 17 Tahun Dib*nuh Kejam & M*yat Dihumban Ke Kawasan Landasan Kereta Api

10 hours ago 7

Polis Thailand telah menahan seorang lelaki warga Australia kerana terlibat dalam kes penemuan mayat seorang remaja perempuan berumur 17 tahun di dalam sebuah beg pakaian yang ditinggalkan berhampiran landasan kereta api di Pattaya.

Penahanan itu dibuat selepas siasatan awal mendapati bahawa lelaki terbabit ada kaitan dengan kes kehilangan mangsa yang sebelum itu dilaporkan hilang oleh rakannya selepas dia gagal dihubungi lebih 24 jam.

Artikel berkaitan: Remaja 15 Tahun Didakwa Jadi Mangsa R*gol & Rompak Ketika Sedang Jogging

Artikel berkaitan: Remaja 12 Tahun Hampir Lumpuh, Tulang Belakang Jadi Bengkok Didakwa Akibat Dibuli Rakan Sekolah

Bunuh, simpan mayat dalam beg sebelum humban ke kawasan landasan kereta api

734101301 1594137645466571 3106242711146158121 N

Pihak berkuasa melaporkan bahawa hasil pemerhatian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan bahawa lelaki berusia 46 tahun itu memasuki sebuah kondominium di Jomtien Second Road pada jam 3.34 pagi waktu tempatan, 25 Jun 2026 bersama mangsa.

Mereka dilihat menaiki bilik di tingkat 15 bangunan berkenaan, namun kelibat mangsa keluar dari bilik tersebut tidak kelihatan. Bagaimanapun, kira-kira jam 9.34 pagi waktu tempatan pada hari yang sama, lelaki itu dilihat membawa keluar sebuah beg pakaian berwarna hitam sebelum menaiki sebuah motosikal dan bergerak ke kawasan Sukhumvit Road serta beberapa laluan berhampiran landasan kereta api.

Kata polis, suspek hilang daripada liputan CCTV kira-kira 9 minit sebelum kembali ke kondominium tanpa beg itu dan ia sekaligus menimbulkan syak bahawa ianya mengandungi mayat mangsa.

734685919 1586598632990905 6495169272527742043 N

Selepas laporan orang hilang dibuat, pihak polis telah menjalankan pemeriksaan di kondominium tersebut namun tidak menemui mangsa atau suspek. Namun, mereka menemui kesan pergelutan dalam bilik berkenaan.

Pada tarikh 26 Jun 2026 kira-kira jam 7 malam, lelaki tersebut ditahan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi semasa cuba membeli tiket penerbangan pulang ke negara asal.

Polis mendapati bahawa suspek mempunyai kesan calar di leher dan tangan akibat luka cakaran kuku manusia, bagaimanapun suspek menafikan bahawa dirinya terlibat atas kehilangan mangsa.

Pihak polis menemui satu beg pakaian hitam berukuran 26 inci yang ditinggalkan di kawasan semak pada jam 11.17 malam setelah polis menjejaki laluan suspek.

Disahkan bahawa terdapat mayat wanita tidak berpakaian dan kecederaan teruk di bahagian muka di dalam beg itu dan keadaan fizikal pada tatu di tubuh mangsa sepadan dengan remaja 17 tahun yang hilang itu.

Mayat dihantar ke Institut Perubatan Forensik Hospital Polis Besar untuk pengesahan identiti dan bedah siasat.

Tak puas hati rundingan bayaran RM62 ditolak

Akibat penemuan itu, Mahkamah Wilayah Pattaya mengeluarkan waran tangkap terhadap suspek, Simon Peter Carman, 45 atas pertuduhan membawa keluar kanak-kanak bawah umur dari jagaan penjaga bagi tujuan tidak bermoral.

Ketika disoal siasat, suspek mendakwa mangsa keluar dari bilik ketika dia sedang tidur. Namun, polis tidak yakin dengan penjelasan tersebut dan siasatan lanjut termasuk analisis forensik sedang dijalankan bagi menentukan sama ada pertuduhan tambahan akan dikenakan.

Semasa ditahan di lapangan terbang, Carman menyatakan bahawa kematian mangsa itu adalah di luar kawalannya.

729413538 2018295565545915 6886210321970384160 N

Carman juga menafikan dakwaan itu dan turut memberikan alasan untuk mempertahankan diri kerana mangsa mengancamnya dengan senjata tajam.

Malah, sumber melaporkan bahawa punca mereka bergaduh adalah akibat satu pertengkaran mengenai bayaran. Dilaporkan bahawa mereka berdua pada mulanya bersetuju dengan bayaran sebanyak 1,000 baht (RM123), tetapi suspek minta dikurangkan kepada 500 baht (RM62).

Suspek kini ditempatkan di Penjara Pattaya sementara siasatan lanjut dijalankan dan berdepan dengan empat pertuduhan iaitu membunuh, menyembunyikan mayat, mengalihkan atau memusnahkan mayat dan membawa remaja bawah umur untuk tujuan seksual.

Sumber : Sinar Harian 1, Sinar Harian 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |