Seorang aktivis Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 tidak dapat menyertai 28 lagi delegasi Malaysia untuk pulang ke tanah air kerana perlu meneruskan rawatan di Istanbul, Turkiye selepas disahkan menghidap ‘Traumatic Pneumothorax’ atau paru-paru bocor ekoran ditumbuk tentera Israel.
Razman Mat Ali, yang berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Istanbul dan dijangka memerlukan pemantauan perubatan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum dibenarkan pulang.
Berisiko untuk pulang sekarang
Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim berkata, doktor memaklumkan tekanan udara dalam penerbangan boleh menyebabkan keadaan Razman menjadi lebih kritikal dan berisiko membawa maut.
“Beliau tidak boleh terbang kerana tekanan dalam kapal terbang boleh menyebabkan kecederaan beliau bertambah buruk dan doktor memaklumkan ia boleh menyebabkan kematian, beliau dijangka boleh pulang kira-kira 21 hari lagi,” katanya.

Artikel berkaitan: “Tapi dr tenang je” – Musa Nuwayri Kongsi Kisah Dr Liyana Jadi ‘Sasaran’ S*napang Israel
Artikel berkaitan: Kisah Zohar Regev: Aktivis Warganegara Isra*l Yang Peluk Islam & Aktif Dalam Misi Kemanusiaan Gaza
Tambahnya lagi, Razman turut berada dalam keadaan berisiko tinggi mendapat jangkitan susulan kecederaan dialami, selain baru selesai menjalani pembedahan.
Mengulas lanjut, kecederaan yang dialami Razman itu bukan kes terpencil kerana semua delegasi didakwa berdepan layanan kasar dan penderaan fizikal sepanjang ditahan.
Difahamkan, pasukan perundangan akan mengambil rakaman keterangan daripada Razman untuk dijadikan bahan bukti dalam tindakan undang-undang antarabangsa terhadap Israel.
Sumber: Astro Awani

15 hours ago
14































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















