Kemelut yang melibatkan pempengaruh dan usahawan terkenal, Syed Muhammad Syah Hasif atau lebih dikenali sebagai Prince Syed bersama keluarga mentuanya akhirnya menemui titik noktah di Mahkamah Majistret hari ini.
Mahkamah telah memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) tiga beranak iaitu ibu mentuanya, Aminah Haniffa (56 tahun), bapa mentua, Ishak Saif (60 tahun), dan adik iparnya, Muhammad Ikhwan Alif Ishak (23 tahun) atas pertuduhan mencederakan personaliti media sosial berkenaan.
Artikel berkaitan: “Turun mendadak pun boleh kena serangan jantung ya” – Netizen Mula Bimbang Tengok Keadaan Isteri Prince Syed
Artikel berkaitan: ‘Gambar Al-Fatihah’ Tular, Prince Syed Dedah Akaun Digodam Selepas Telefon Hilang
Keputusan itu dibuat oleh Majistret Nor Azilah Mat selepas mendengar akuan bersumpah daripada Prince Syed sendiri yang mengesahkan bahawa beliau telah menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap keluarga mentuanya sebelum ini. Susulan keputusan itu, wang jaminan juga diarahkan untuk dikembalikan.
Sementara itu di mahkamah berasingan, abang ipar Prince Syed iaitu Muhammad Syahmi Faiz Ishak (33 tahun) turut dilepas tanpa membebaskan (DNAA) oleh Majistret Siti Zubaidah Mahat atas pertuduhan melakukan khianat memecahkan cermin kenderaan jenis Proton X70 milik adiknya, yang juga isteri Prince Syed. Keputusan tersebut juga dibuat atas alasan yang sama selepas laporan polis ditarik balik.
Ketika prosiding berlangsung, ketiga-tiga tertuduh kelihatan tenang. Prince Syed pula hadir ke mahkamah tanpa diwakili peguam, namun ditemani oleh isterinya, Fatin Syazwani Ishak (28 tahun) serta pengurusnya.
Sebelum ini, ahli keluarga mentua berkenaan didakwa atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dalam kejadian yang berlaku pada 2 November tahun lalu.
Sumber: Harian Metro

5 hours ago
6














![[VIDEO] Pemuda Didakwa ‘Cop’ Parkir, Guna Alasan Ada Hak Sebab Kerja JKR](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/06/ft-lelaki-cop-parking.jpg)
















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















