“Hairan, hari kejadian dia tak turun depan rumah neneknya”- Bapa Saudara Arwah Umar

14 hours ago 16

Luluh hati Khairul Annuar Salim, 50, setelah melihat anak saudaranya kaku dalam keadaan terlentang dengan kepalanya yang dipenuhi darah selepas dirempuh bas berdekatan rumahnya pada petang semalam.

Bapa saudara kepada Allahyarham Muhammad Umar Mohd Faaiz, 7, merupakan antara individu terawal yang sampai ke lokasi kejadian sebaik sahaja mengetahui berita tersebut.

Artikel berkaitan: Penuntut Universiti Utara Malaysia Maut, Dilanggar Bas Kampus Ketika Sedang Tunggu Giliran Naik Bas

Artikel berkaitan: Hukuman Diringankan, Individu Yang Langgar Syed Danial Pada 2019 Bakal Dibebaskan Tahun 2027

Berkenaan dengan kejadian itu, Khairul Annuar memberitahu bahawa sebelum dia mahu menidurkan 2 adik perempuan kembar arwah, dia didatangi jiran memaklumkan berita yang murid darjah satu itu dilanggar bas semasa pulang dari Sekolah Agama Sri Lalang kira-kira jam 4 petang.

Screenshot 2026 07 16 153107

“Ketika itu, saya berada di rumah dan sedang tidurkan adik kembar arwah. Kebetulan ada seorang jiran dari tempat kejadian panggil saya memberitahu anak saudara saya kemalangan.”

“Saya bergegas ke bawah (lokasi kejadian) untuk melihat sendiri keadaannya. Sebaik tiba, saya lihat kepalanya berlumuran darah. Dalam fikiran, saya rasa anak saudara sudah tiada.”

“Dia langsung tidak bergerak ketika itu. Saya agak terkejut, tak percaya kerana masa kejadian arwah baru sahaja pulang dari sekolah.”

“Saya bergegas pulang ke rumah memberitahu datuk arwah (Salim Othman, 72) dan nenek (Zaiton Shaari, 70,) barulah saya telefon ibu bapanya.”

Tambahnya, ibu kepada arwah iaitu Nurul Shahira Salim, 35, bekerja di Johor Bahru manakala bapanya, Mohd Faaiz Muran, 35, di Pelabuhan Klang, Selangor.

“Saya minta mereka segera pulang ke rumah sebaik diberitahu arwah sudah tiada.”

Menceritakan detik sebelum kejadian, Khairul mengatakan bahawa arwah tiba di rumah neneknya pada jam 2 petang sebaik sahaja pulang dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Lalang sebelum bersiap-siap untuk ke sekolah agama.

“Tingkah lakunya tidak banyak berubah. Pada hari kejadian, neneknya sempat menyiapkan dia untuk ke sekolah agama dan setiap hari, arwah akan menaiki bas baik pergi mahupun pulang dari sekolah.”

“Yang hairannya, pada hari kejadian arwah tidak turun di hadapan rumah neneknya yang mana ia lokasi kebiasaan (dia turun), tapi dia turun kira-kira 100 meter dari sini (rumah nenek).”

Screenshot 2026 07 16 153503

“Saya tidak pasti dan mungkin arwah ikut rakannya. Apabila pasukan perubatan tiba di lokasi, mereka memberitahu arwah sudah meninggal dunia, arwah parah di kepala dan patah pinggang.”

“Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan malah dia seorang kanak-kanak riang, suka bergurau dengan ahli keluarga,” katanya memaklumkan arwah anak sulung daripada tiga beradik.”

Dalam pada itu, proses bedah siasat terhadap jenazah Muhammad masih ldgi dijalankan di di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |