Hanya kerana tidak puas hati dibunyikan hon, seorang penunggang motosikal tergamak menetak seorang lelaki menggunakan pisau pemotong daging di laluan motosikal Lebuh Raya Persekutuan (Seksyen 13), pagi Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah memaklumkan, pihaknya mendapat maklumat mengenai insiden itu melalui talian kecemasan MERS 999 pada jam 8.19 pagi.
Artikel berkaitan: Wanita 70 Tahun Jadi Mangsa B*nuh, Kepala Cedera Dipercayai Dit*tak
Artikel berkaitan: Remaja Perempuan Nyaris Diculik Lelaki Bermotosikal, Sempat Gigit Tangan Suspek
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar jam 7 pagi semasa mangsa, seorang lelaki tempatan berumur 45 tahun, sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di Kuala Lumpur. Ketika melalui laluan tersebut, mangsa telah membunyikan hon terhadap suspek (lelaki tempatan, 43 tahun) yang dipercayai menghalang laluan.
Berang dengan tindakan itu, suspek bertindak memberhentikan motosikalnya di tepi jalan lalu menyerang mangsa menggunakan sebilah pisau pemotong daging. Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Shah Alam, manakala suspek pula berjaya ditahan polis.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohammad Amirul Zulkifli di talian 012-5583436 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Sumber: Astro Awani

14 hours ago
10


![[VIDEO] Pemuda Didakwa ‘Cop’ Parkir, Guna Alasan Ada Hak Sebab Kerja JKR](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/06/ft-lelaki-cop-parking.jpg)




























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















