Ft Kucing Mati

Kematian kucing kesayangan peguam ‘kotak pensel’ akibat masalah kesihatan dilihat begitu meruntun hati peguam ini. Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar sendiri di Facebook yang telah mengundang rasa sebak netizen.

Difahamkan, kucing yang dinamakan sebagai Etot itu relah lama menjadi peneman dalam kehidupan hariannya.

Artikel berkaitan: “Tolonglah buang dalam tong sampah!” – Individu Dedah Kucing Menderita Akibat Kecuaian Kaki Pancing

Artikel berkaitan: Wanita Jadi Sebatang Kara Sekelip Mata, Ibu & 70 Kucing Peliharaan Rent*ng Dalam Satu Kebakaran

“Saya kehilangan Etot”

Dalam video yang berdurasi 3 minit 8 saat itu, dilihat peguam ‘kotak pensel’ ini menangis sambil memeluk bungkusan yang dipercayai kucingnya itu sebelum ianya ditanam di kawasan perumahannya.

Menurutnya, kehilangan kucing itu amat memberi kesan mendalam kerana haiwan berkenaan telah lama menjadi peneman dalam kehidupan hariannya.

“Hai kawan-kawan. Aku nak beritahu, aku dah kehilangan Etot. Etot sakit dan akhirnya tinggalkan aku. Aku tak tahu macam mana aku nak hidup lagi, bagaimana kami berdua laki bini hidup tanpa Etot.”

Walau bagaimanapun, Ahmad Zaharil Muhaiyar menyatakan bahawa beliau dan isteri reda dengan kehilangan kucing kesayangan tersebut.

Beliau meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang menjaga Etot yang dianggap membawa kebahagiaan serta menemaninya saat suka dan duka.

Hanya pencinta kucing faham – Netizen

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terutamanya dalam kalangan pencinta kucing meluahkan rasa sebak kerana mereka faham situasi yang dialami oleh Ahmad Zaharil ini.

Screenshot 2026 03 10 144327 Screenshot 2026 03 10 144345 Screenshot 2026 03 10 144412 Screenshot 2026 03 10 144457

Sumber : Facebook 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.