Biarpun kini tiada lagi ikatan sebagai pasangan suami isteri, Kamal Adli masih tidak menjadikan ia sebagai satu halangan untuk membuat ucapan hari ulang tahun kelahiran bekas isterinya iaitu pelakon, Uqasha Senrose.
Menerusi Threads miliknya, Kamal Adli turut mendoakan agar Uqasha dipermudahkan rezeki, diberi kebahagiaan dan menjadi ibu yang terbaik. Bahkan Kamal juga turut meminta netizen mendoakan dan mendorong orang ramai memberi ucapan buat Uqasha.
Artikel berkaitan: “Jiwa rasa kosong” – Luahan Sayu Kamal Adli Berdepan Rasa Sunyi Dahsyat Undang Simpati Ramai
Artikel berkaitan: “Asyik hilang je” – Team Ammar Nazhan Hilang Lagi, Kamal Adli Harap Bukan Sekadar ‘Content’

Selain daripada ucapan buat Uqasha, ruangan komen dipenuhi dengan pujian terhadap sikap budiman Kamal dan memuji cara co-parenting pasangan ini biarpun sudah berpisah.
Untuk rekod, pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose telah melangsungkan perkahwinannya pada 4 November 2021. Bagaimanapun, bahtera perkahwinan mereka terputus apabila mereka disahkan bercerai talak 1 pada 12 Januari 2026 lalu.
Hasil daripada perkahwinan itu, Kamal dan Uqasha dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Hawra Uqaira.
Sumber : Astro Awani, Threads

12 hours ago
10




![“Mangsa dilaporkan stabil” – [TERKINI] Kes T*kam Pelajar Di Banting](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/07/ft-kes-sekolah-banting.jpg)


























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)















![“Ada 24 cucu, ini no 25” – [VIDEO] Ramai Tumpang Terharu Tengok Makcik India Bagi Maruku Untuk 2 Beranak Buka Puasa](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/03/ft-patti.jpg)


