Harvey Norman telah melancarkan Koleksi Tilam Eksklusif Serta-Japan di cawangan utamanya (flagship store) di Mid Valley KL baru-baru ini. Pelancaran ini membawakan rangkaian tilam eksklusif yang dihasilkan di Jepun, khusus untuk menawarkan keselesaan luar biasa, sokongan optimum serta prestasi penyejukan yang hebat. Langkah ini jelas mencerminkan komitmen berterusan Harvey Norman dalam membawakan inovasi tidur bertaraf dunia kepada pengguna di Malaysia.
Pengalaman Tidur yang Sempurna

Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Encik Jonathan Toh, Ketua Pegawai Operasi Harvey Norman Malaysia, bersama Encik Indra Setiawan, Pengarah Pembangunan Perniagaan & Antarabangsa PT Duta Abadi Primantara (Serta-Indonesia), Encik Eddy Ng, Pengurus Besar Utama Harvey Norman Malaysia, Encik Ong Hoo Beng, Pengurus Negara Serta-Malaysia, dan Encik Soichi Koyama, Pengurus Besar Pemasaran Serta-Japan.
Diinspirasikan oleh falsafah kehidupan masyarakat Jepun yang mementingkan kehalusan dan ketelitian seni pertukangan, koleksi ini menggabungkan teknologi tidur termaju dengan bahan-bahan premium bagi memberikan pengalaman tidur yang nyenyak, sesuai dengan gaya hidup moden.
“Kehidupan yang berkualiti bermula daripada tidur yang sempurna. Harvey Norman mendukung falsafah ini dengan membawakan kehalusan mutu dan warisan seni pertukangan tilam Serta-Japan ke kediaman rakyat Malaysia,” kata Jonathan Toh.
Direka untuk Sokongan Optimum dan Keselesaan
Setiap tilam dilengkapi dengan Sistem Spring Poket 11-Zon (11-Zone Pocketed Spring System) untuk sokongan bersasaran, penjajaran tulang belakang yang optimum serta pelepasan tekanan pada badan. Ia digabungkan pula dengan reka bentuk ketumpatan dwi (dual-density) daripada NaturaDuo Latex untuk keselesaan yang seimbang.
Siri ini turut dipertingkatkan dengan Teknologi Penyejukan Termaju (Advanced Cooling Technology) serta Sistem Triple Air-Let, bagi mewujudkan persekitaran tidur yang lebih sejuk dan mempunyai pengaliran udara yang baik — sangat ideal untuk iklim cuaca di Malaysia.
Model Anggun Pilihan Gaya Hidup Moden
Dua model utama daripada koleksi ini boleh didapati di cawangan Harvey Norman terpilih, termasuk Mid Valley Megamall KL Flagship Store, IPC Shopping Centre, 1 Utama Shopping Centre, Mid Valley Southkey Johor Bahru dan Gurney Plaza Pulau Pinang:
- Grand Sirius – Model utama (flagship) yang menawarkan pengalaman tidur yang sangat dingin dengan fabrik rajutan mewah Glacier Luxurious Knit, NaturaDuo Latex, span sokongan berdaya tahan tinggi serta sistem pengaliran udara termaju.

- Natural Breeze – Direka untuk keselesaan harian dengan permukaan sentuhan sejuk, sokongan responsif, dan aliran udara berterusan untuk kesegaran yang berpanjangan.

Semua tilam didatangkan dengan jaminan selama 10 tahun.
Tawaran Eksklusif Sempena Pelancaran (Masa Terhad)
Sempena meraikan pelancaran ini, miliki koleksi tilam penyejukan termaju Serta-Japan pada harga pengenalan eksklusif. Untuk tempoh terhad sehingga 2 Ogos, nikmati hadiah saguhati set fabrik linen buluh (bamboo linen) yang menyejukkan secara percuma bagi setiap pembelian tilam Serta-Japan, sekali gus memberikan keselesaan menyeluruh.
- Grand Sirius – Percuma Selimut Duvet Buluh Tanpa Sarung (Bamboo Coverless Duvet) bernilai RM1,129 dan Cadar Pasang Buluh (Bamboo Fitted Sheet) bernilai RM829.
- Natural Breeze – Percuma Cadar Pasang Buluh (Bamboo Fitted Sheet) bernilai RM829
Kesemua hadiah percuma ini tersedia dalam saiz yang sepadan sehingga saiz King.
Solusi Tidur Mengikut Keperluan Peribadi
Harvey Norman mempertingkatkan lagi pengalaman membeli-belah pelanggan menerusi sistem penilaian pintar AI BedMATCH™. Sistem ini berfungsi menganalisis profil badan serta postur tidur untuk mengesyorkan tilam yang paling sesuai. Dengan bimbingan daripada Pakar Katil (Bedding Specialists) yang terlatih, pelanggan bakal menerima nasihat peribadi yang disesuaikan mengikut keperluan keselesaan masing-masing.
Pelan Pembayaran Fleksibel untuk Tidur yang Lebih Berkualiti
Pelanggan boleh menikmati pelan ansuran faedah 0% sehingga 60 bulan, menjadikan solusi tidur yang berkualiti kini lebih mudah untuk dimiliki oleh sesiapa sahaja.
Membeli-belah dengan Penuh Keyakinan di Harvey Norman
Menerusi jaminan “Shop with Confidence” (Membeli-belah dengan Yakin), Harvey Norman menawarkan Jaminan Padanan Harga (Price Match Guarantee), Penghantaran Pada Hari Yang Sama, Polisi Pertukaran 14 Hari, pelan pembayaran fleksibel faedah 0% sehingga 60 bulan, serta perkhidmatan Click & Collect yang disokong oleh bantuan pakar di dalam kedai untuk pengalaman membeli-belah yang lancar.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi dan alami sendiri koleksi ini di Harvey Norman Mid Valley Megamall KL Flagship Store, IPC Shopping Centre, 1 Utama Shopping Centre, Mid Valley Southkey Johor Bahru, dan Gurney Plaza Pulau Pinang, atau layari www.harveynorman.com.my.

11 hours ago
6













![[TERKINI] Syed Saddiq Umum Majlis Perkahwinan Bakal Diadakan Tidak Lama Lagi, Pada Tahun Ini](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/07/ft-BASS.jpg)
















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















