Ft Dsv Amin Idris

Usahawan sensasi Datuk Seri Vida (DSV) kembali menjadi tumpuan ramai selepas memuat naik satu hantaran berkenaan dengan tips buat peniaga kecil untuk raih rezeki.

Dalam video tersebut, DSV kongsikan petikan ayat al-Quran iaitu surah Al-Fiil, katanya ia mungkin dapat membantu untuk ‘membuka pintu rezeki’ kerana terkandung ayat Rabbuka. Katanya, surah itu perlu diamalkan 3 kali untuk mendapat keberkesanannya dan mendakwa ia juga ‘surah tarik rezeki’ untuk peniaga di bulan Ramadan.

Artikel berkaitan: “Saya terima dia seadanya” – DSV Simpan Rasa Sedih, Dedah Cik B ‘Struggle’ Jadi ‘Girlish’

Artikel berkaitan: “Koyak betul rupanya” – Ustaz Abu Syafiq Tuntut Ganti Rugi RM1 Juta &  Permohonan Maaf Dari Amin Idris

Jangan main hentam je, itu ayat Allah – Amin Idris

@datoserividaofficial

Peniaga kecil / usahawan amalkan insyallah rezeki terbuka luas terutama bulan RAMADHAN🤲🏻🥰 #fyppppppppppppppppppppppp #masukberandafyp #dsv #ramadhan

♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUTEH – QU PUTEH BARULAH PUTEH

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menegur dan mengecam DSV kerana perkongsian yang diberikan ini salah  dari segi maksud ayat. Ia juga membuatkan pendakwah bebas dan personaliti TV iaitu, Amin Idris terpanggil untuk tampil memberikan teguran buat DSV.

Tegasnya, Rabbuka itu bukan maksudnya ‘buka’ tetapi ‘Tuhanmu’, Amir Idris turut memesan supaya tidak sewenang-wenangnya mempermainkan ayat-ayat al-Quran.

Screenshot 2026 03 13 113931

Sumber : TikTok, Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.