Aktivis Global Sumud Flotilla (GSF 2.0) dan pengasas ZRA Strim, Zainal Rashid Ahmad (ZRA), mencuri tumpuan lagi selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama 27 peserta lain dari Malaysia semalam.
Ketiadaan bekas wartawan berusia 58 tahun dalam sidang akhbar delegasi Malaysia semalam itu telah membuatkan orang ramai tertanya-tanya memandangkan beliau antara individu yang mengikuti pelayaran misi kemanusiaan ke Gaza sebelum ditahan oleh tentera Israel.
Artikel berkaitan: GSF 2.0: Belum Dapat Pulang Lagi, Razman Alami Paru-paru Bocor Akibat Dit*mbuk Tentera Israel
Artikel berkaitan: Lokasi Peserta GSF 2.0 Belum Diketahui Sejak 48 Jam Ditahan Tentera Israel
Namun begitu, misteri kehilangan ZRA itu terjawab selepas kenalannya, Mohd Faisol Pauzi ada muat naik rakaman video yang menjelaskan situasi sebenar menerusi TikTok malam tadi.
@mohdfaisolpauzi@ZRA STRIM ucapkan terima kasih kepada semua rakyat malaysia yg mendoakan keselamatan..terpaksa bergegas balik sebab dah 4 hari kehabisan ubat… #zrastrim #sumudflotilla
Dalam pada itu, tular lagi satu video yang perlihatkan ZRA sudah sampai ke pangkuan keluarga. Dalam video tersebut, dapat dilihat ahli keluarga menjemput dan meraikan kepulangan ZRA dan beliau dilihat memeluk erat isterinya dan menikmati juadah.
Difahamkan, ini bukanlah pertama kali ZRA ‘menghilangkan diri’ selepas pulang daripada misi GSF. Oktober tahun lalu, ZRA pulang secara senyap-senyap selepas sampai di KLIA 1.
Sebelum ini, kepulangan delegasi Malaysia dari Istanbul disambut ahli keluarga dan penyokong di KLIA 1 selepas mereka melalui detik mencabar ketika pelayaran misi bantuan ke Gaza termasuk diculik dan ditahan oleh rejim Zionis.

13 hours ago
13































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















