Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melancarkan Pra Peluncuran Hari Koperasi Negara 2026 (HKN’26) yang akan berlangsung dari 3 hingga 5 Julai 2026 di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth, Pulau Pinang dengan sasaran kehadiran seramai 10,000 pengunjung, khususnya dari Zon Utara.
Bertemakan “Koperasi Memperkasa Komuniti, Membina Negara MADANI”, HKN’26 akan dilancarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow pada 4 Julai, manakala Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong juga dijadual bakal menghadiri majlis tersebut.

Pelbagai Tarikan Menanti Pengunjung
Tahun ini, HKN’26 tampil dengan skala lebih besar menerusi 150 reruai pameran dan jualan yang melibatkan pelabagai sektor termasuk:
- sektor ekonomi
- pendidikan
- teknologi
- pelancongan
- makanan
- keusahawanan dan perkhidmatan awam.
Antara tarikan utama pameran disertai oleh:
- 12 reruai Kementerian dan Agensi Persekutuan serta negeri
- Pavilion KUSKOP dan agensi dibawahnya
- Pavilion SKM
- 20 reruai Koperasi Pelancongan (COOP Tourism)
- 10 reruai D’Dapur Coop
- 8 reruai Francais
- 8 reruai Jom Cari Kerja (MYFutureJobs)
- 6 reruai Usahawan
- 4 reruai Jualan MADANI Koperasi
- 3 reruai Jom Masuk Universiti
- 2 reruai TVET dan Kecerdasan Buatan (AI)
- 10 unit Food Truck
Jualan MADANI Koperasi
Empat reruai Jualan MADANI Koperasi (JMK) turut disediakan dengan tawaran penjimatan sehingga 40% bagi barangan keperluan asas termasuk beras, minyak masak, telur, gula, ayam, daging, sayur-sayuran dan susu.
Pengunjung bakal menikmati produk keluaran koperasi dan usahawan tempatan dan juga berpeluang untuk membeli secara terus daripada pembeli tanpa melalui orang tengah.
Program ini merupakan sebahagian daripada agenda Ekonomi MADANI yang bertujuan untuk membantu rakyat bagi menangani kos sara hidup sambil memperkukuh ekosistem perniagaan koperasi.
Festival Warisan Laksa
Turut menjadi tarikan ialah Festival Warisan Laksa @HKN26 yang menghimpunkan pelbagai variasi laksa dari seluruh negara seperti Laksa Penang, Laksa Johor, Laksa Kedah, Laksa Sarawak, Laksa Kelantan, Laksa Perlis dan pelbagai variasi lain.
Peluang Pelancongan, Pendidikan Dan Kerjaya
20 reruai COOP Tourism akan menawarkan pelbagai pakej termasuk Umrah dan Ziarah, percutian domestik, pulau dan eko-pelancongan, homestay komuniti, agropelancongan, perutian keluarga serta pelancongan pendidikan dengan promosi dan diskaun istimewa.
Pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat berkaitan pendidikan, TVET, AI dan peluang pekerjaan menerusi reruai khas yang disediakan.
Selain itu, dua anugerah baharu turut diperkenalkan iaitu Anugerah Khas Menteri: Koperasi Lestari dan Anugerah Khas Menteri: Koperasi Komuniti bagi mengiktiraf koperasi berpotensi tinggi.
HKN’26 dijangka menghimpunkan lebih 100 aktiviti sepanjang tiga hari penganjuran, selaras dengan aspirasi Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DaKoM2030) dan agenda “Hebatkan Perniagaan Malaysia” dalam memperkukuh peranan koperasi sebagai pemacu ekonomi rakyat.
Sumber: Suruhanjaya Koperasi Malaysia

10 hours ago
11






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















