Semua jemaah Malaysia dilaporkan selamat selepas satu kebakaran berlaku di sebuah hotel di Mekah pada petang Khamis.
Kementerian Luar Negeri Malaysia memaklumkan insiden tersebut berlaku sekitar jam 5 petang waktu tempatan di Hotel Mira Ajyad yang menempatkan kira-kira 70 jemaah dari Malaysia.

Menurut kementerian itu, sebaik menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan, Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah segera berhubung dengan pihak berkuasa Arab Saudi serta agensi pelancongan yang menguruskan jemaah bagi memastikan keadaan mereka berada dalam keadaan selamat.
Semakan awal mendapati jemaah terbabit berada di bawah pengurusan beberapa agensi termasuk TH Travel, Zahafiz Travel dan Rayhar Travel. Ketiga-tiga agensi berkenaan mengesahkan semua jemaah Malaysia yang berada di hotel tersebut telah dikenal pasti dan berada dalam keadaan selamat.

Setakat ini punca kebakaran masih disiasat oleh pihak berkuasa tempatan, manakala tetamu hotel tidak dibenarkan kembali ke bilik masing-masing buat sementara waktu bagi tujuan pemeriksaan keselamatan. Pihak hotel bersama agensi pelancongan turut bersedia menyediakan penginapan alternatif sekiranya diperlukan sementara keadaan kembali pulih.
Sumber: Astro Awani

17 hours ago
10













![“Ada 24 cucu, ini no 25” – [VIDEO] Ramai Tumpang Terharu Tengok Makcik India Bagi Maruku Untuk 2 Beranak Buka Puasa](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/03/ft-patti.jpg)

















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















