Tular di laman Threads mengenai sebuah video yang memaparkan beberapa ekor burung berkeliaran dalam wad hospital di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Menerusi video terbabit, beberapa ekor burung dilihat berada di dalam kawasan wad pesakit, malah ada yang kelihatan mematuk bekas makanan milik pesakit yang berada di situ.
Situasi tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang meluahkan kebimbangan mengenai aspek kebersihan serta keselesaan pesakit di hospital berkenaan.
Kawasan hospital jadi habitat burung
Susulan isu tersebut, HTAR dalam satu kenyataan rasmi memaklumkan, terdapat burung merpati dan gagak yang menjadikan kawasan pokok di sekitar hospital sebagai habitat.
Pihak hospital menjelaskan keadaan tersebut berpotensi menyebabkan burung memasuki bangunan hospital secara tidak sengaja termasuk ke kawasan wad pesakit.
“Keadaan ini berpotensi menyebabkan burung memasuki kawasan bangunan hospital secara tidak sengaja.
“Bagi menangani perkara berkenaan, HTAR sudah melaksanakan langkah kawalan secara berkala, termasuk pemangkasan pokok oleh syarikat konsesi serta pemantauan berterusan di kawasan wad dan bangunan hospital,” katanya.
Artikel berkaitan: Kecoh Dakwaan Hospital Segamat Bakal Ditutup 1 Julai Ini, JKNJ Tampil Beri Penjelasan
Artikel berkaitan: Pesakit Covid-19 Di Klang Tikam Pesakit Lain, Didakwa Berhalusinasi
Sehubungan itu, pihak hospital telah mendapatkan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memperkukuhkan usaha menangani isu gangguan burung di kawasan berkenaan.

Menurut HTAR lagi, pihaknya memandang serius perkara yang dibangkitkan dan sentiasa komited untuk memastikan persekitaran hospital berada pada tahap yang selamat, bersih serta kondusif untuk semua pihak.
Sumber: Berita Harian

15 hours ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















