Siapa sangka konsert Ratu Rock negara, Ella, baru-baru ni bukan saja dihadiri oleh peminat Melayu, tapi turut mencuri tumpuan seorang pemuda Cina yang dilihat sangat enjoy dan menghafal setiap bait lirik lagu yang dinyanyikan!
Menerusi video yang tular di Threads, pemuda yang dikenali sebagai Wei Chuen Wong atau Wei ini dilihat sing along bersama dengan penuh bertenaga, sekaligus membuktikan muzik memang bahasa universal yang menyatukan kita semua.
Artikel berkaitan: “Sini tempat tak halal” – Pakcik Cina Tegur ‘TikToker’ Minum Di Kedai Kopi
Artikel berkaitan: Iman Tang Nafi Sindir Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza, Kenyataan Ditujukan Kepada Konsert Lain
Tak Sangka Viral, Cuma Niat Nak Enjoy Konsert!
Bercakap kepada Lobak Merah, Wei menceritakan reaksinya selepas video dia ‘sakan’ menyanyi itu tular. Menurut Wei, dia sendiri terkejut dan tidak menyangka aksi bersahajanya itu akan mendapat pujian ramai.
“Sebenarnya I masih surprise dan teruja bila ternampak video ini sebab memang bukan niat nak jadi viral. I pergi enjoy concert je… dah lah tetiba viral di Threads pula,” katanya berseloroh.
Apabila ditanya adakah dia memang peminat tegar Ella, Wei memberitahu yang dia merupakan peminat kasual yang memang suka melayan lagu-lagu Melayu. Malah, sebelum ke konsert tersebut, dia sudah pun membuat ‘ulangkaji’ dengan mendengar setlist lagu-lagu hits Ella supaya dapat menyanyi bersama.
Apa yang lebih melucukan, Wei sempat berseloroh menggunakan lirik lagu legend Ramlah Ram ketika berbual dengan kami!
“Dulu mahu tapi maluuuu… (refer Diam Diam Jatuh Cinta oleh Ramlah Ram),” katanya bila ditanya tentang perasaannya apabila dirakam ketika sedang asyik menari dan menyanyi.
Wei juga merendah diri dan menganggap ramai lagi rakan berbangsa Cina yang lain turut hadir ke konsert tersebut untuk memberi sokongan kepada artis tempatan.
Sumber: Threads

15 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















