Isu di antara pelakon Fattah Amin dan bekas isterinya, Nur Fazura dilihat menjadi perbualan di laman Threads apabila ada pengguna kongsikan jadual prodising sebutan kes mahkamah yang melibatkan kedua-dua pelakon itu.
Prosiding pada 31 Mac lalu itu ada menunjukkan nama mereka, nama Abdul Fattah Mohd. Amin Pihak 1 (plaintif) sebagai pihak plaintif dan Nur Fazura Sharifuddin sebagai Pihak 2 (tertuduh).
Artikel berkaitan: Alami Kesukaran Bernafas Punca Amira Othman Masuk Hospital, Fattah Amin Mohon Doakan Isteri
Artikel berkaitan: “Fatimah tak nak lepas tangan ayah dia” – Momen Pernikahan Fattah Amin Dan Amira Othman Curi Perhatian Netizen
Berikutan dengan kekecohan itu, peguam yang mewakili Nur Fazura iaitu Fakhrul Azmam Abu Hassan mengesahkan sebutan kes berkenaan selepas dihubungi Kosmo! Online.
Menurut Fakhrul, menerusi pencarian maklumat yang dilakukannya Fattah telah memfailkan satu permohonan kebenaran tunjuk secara ‘ex parte’ yang komital membuatkan Fazura berdepan dengan hukuman penjara kerana melanggar perintah mahkamah berkaitan hak lawatan yang diberikan kepada Fattah jika sabit kesalahan.

“Fattah failkan kes tersebut pada awal Februari lalu. Pada 31 Mac 2026, Hakim Yang Arif Tuan Salehan telah membuat keputusan untuk menolak permohonan yang difailkan oleh Fattah.”
“Dalam erti kata lain, mahkamah menolak permohonan tersebut kerana tiada sebab untuk kenakan tindakan tunjuk sebab kepada Fazura. Mungkin bagi mahkamah, hak lawatan itu berjalan dengan baik.”
Tambahnya, pada hari berlangsungnya sebutan kes, hanya Fattah yang hadir ke mahkamah kerana kes tersebut adalah sebelah pihak (ex parte).

“Sebelum kita ambil tindakan perlu dapatkan kebenaran mahkamah terlebih dahulu. Tetapi peringkat untuk mendapatkan kebenaran itu pun tidak diluluskan oleh mahkamah.”
Jelasnya lagi, perkara tersebut boleh diselesaikan di luar mahkamah dengan cara negosiasi.
“Mungkin ada dua tiga kali yang Fatima sendiri tak mahu pergi kerana penat ataupun terlambat kerana ada kelas mengaji. Tetapi tahun ni Fatima dapat beraya bersama bapanya.”
Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu pada 7 Oktober 2024 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Sumber : Kosmo!

14 hours ago
6































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















