Sejak beberapa hari lepas, tular satu video dari negara jiran yang memperlihatkan sepasang remaja tidur berpelukan di dalam masjid yang terletak di Jawa Tengah.
Dalam video tersebut, dilihat seorang remaja lelaki dan perempuan memakai pakaian tidak senonoh berada di dalam masjid sedang nyenyak tidur dalam keadaan erat berpelukan, sementara seorang lagi remaja lelaki lain tidur bersebelahan mereka.
Artikel berkaitan: Masjid Putra Keluarkan Kenyataan Rasmi, Jelaskan Isu Tular Tempat Wuduk Dan Tandas Masjid Kotor
Artikel berkaitan: Netizen Kecam Konsert Dangdut Diadakan Di Pekarangan Masjid Indonesia
Kena simbah air, kena lempar dengan baldi
Video tersebut dirakam oleh awam sebelum remaja-remaja ini disimbah air untuk mengejutkan mereka. Selain itu, turut dilihat baldi yang digunakan untuk menyimbah air itu dibaling ke arah remaja tersebut. Difahamkan lokasi masjid tersebut terletak di kawasan Pantai Logending.
Menurut Kompas, Pantai Logending dipercayai merupakan tempat perkelahan popular di Jawa Tengah dan mempunyai ramai pengunjung. Kelakuan mereka itu sekaligus membuatkan ramai bengang kerana tidak menghormati kesucian rumah ibadat.
Kes selesai, tiada tindakan dikenakan
Berikutan itu, sumber melaporkan bahawa ketiga-tiga remaja tersebut telah ditahan, namun begitu mereka tidak dikenakan sebarang tindakan setelah pihak keluarga remaja tampil memohon pertimbangan dan ia meraih persetujuan daripada orang awam.
Ketua Balai Polis Ayah, AKP Diyono menjelaskan bahawa ketiga-tiga remaja tersebut tidak dikenakan sebarang tindakan kerana tidak berlaku sebarang aktiviti seksual dan tidak berada di bawah pengaruh alkohol.
Bagaimanapun, ketiga-tiga remaja itu harus lapor diri ke balai polis secara berkala untuk pemantauan agar perkara sedemikian tidak berulang di mana-mana masjid atau tempat awam yang lain.

10 hours ago
6































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















