Seorang pakar ortopedik tempatan iaitu Prof Dr Mohd Yazid Bajuri telah menjadi perhatian ramai apabila berjaya mencipta kaki palsu mesra solat yang pertama di dunia untuk memudahkan pesakit yang kehilangan kaki untuk sujud dengan lebih stabil ketika solat.
Menurut Harian Metro, Prof Dr Mohd Yazid yang merupakan Pakar Perunding Kanan Ortopedik Universiti Kebangsaan Malaysia telah mendapat idea untuk mencipta kaki palsu mesra solat itu setelah merawat ramai pesakit yang terpaksa menjalani amputasi akibat diabetes.
Difahamkan, kaki palsu mesra solat itu yang lebih ringan ini membolehkan pesakit untuk rukuk, sujud dan menunaikan solat dengan lebih selesa kerana reka bentuknya yang fleksibel dan mekanisme buku lali hingga 180 darjah.

Artikel berkaitan: Lelaki Putus Dengan Kekasih Kerana Bimbang Jadi Kudung Lepas Kemalangan, Namun Tanpa Disangka…
Artikel berkaitan: Rim Besi Dari Tayar Lori Yang Dipercayai Jadi Punca Kemalangan Di Ayer Keroh Ditemui Polis
Ini kerana rekaan kaki palsu biasa yang ada di pasaran adalah berat dan tidak memenuhi keperluan pesakit yang turut mahukan keselesaan dalam menunaikan ibadah.
Difahamkan, inovasi kaki palsu mesra solat ini telah bermula pada tahun 2018 lagi bersama rakan penyelidik Prof Dr Mohd Yazid dan pada ketika itu, untuk membangunkan prototaip awal, mereka mengeluarkan modal sendiri sekitar RM15,000 sehingga RM20K.
Lama-kelamaan, pasukan penyelidik ini telah layak menerima geran daripada UKM dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Sumber: Harian Metro

9 hours ago
13































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















