Sempena sambutan Hari Autisme Sedunia, penyanyi terkenal Shila Amzah mencuri perhatian peminat apabila berkongsi perkembangan terkini anak sulungnya, Seth Uwais yang dilihat semakin bijak dan menunjukkan kemajuan positif.
Menerusi hantaran di laman sosialnya, Shila meluahkan rasa bangga terhadap kecekalan Seth yang sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan kehidupan seharian.
Artikel berkaitan: “Please bagi Shila Datuk” – Ramai Terkejut Lihat Populariti Shila Amzah Di China, Konsert Terima Sambutan Hebat
Artikel berkaitan: “Kita memang akan balas LOD yang diterima itu” – Peguam Shila Amzah
“Mama dan papa sangat-sangat bangga dengan Seth Uwais! Semasa saya menaip ini, Seth sedang berada di sekolah. Dia semakin berkembang, meningkatkan kemahirannya dan mencuba yang terbaik setiap hari untuk menyesuaikan diri (fit in),” tulisnya.
Apa yang menarik perhatian adalah pendedahan Shila mengenai sifat terbuka Seth terhadap keadaannya. Menurut Shila, Seth langsung tidak pernah merasa malu, malah kadangkala menganggap semua orang di sekelilingnya juga mempunyai ciri yang sama sepertinya.
Shila turut berkongsi satu cerita lucu di mana Seth sering bertanya soalan yang ‘jujur’ kepada orang yang ditemuinya sehingga dia terpaksa menitipkan pesanan awal kepada orang ramai.
“Dia tidak pernah malu menjadi autistik, cuma kadang-kadang dia ingat semua orang pun autisme dan dia akan tanya, ‘Awak autisme level berapa?’. Tolong jangan terasa hati dengan soalan dia, dia masih lagi meneroka,” kongsi Shila sambil meletakkan emoji ketawa.
Dalam hantaran yang sama, Shila yang juga merupakan ibu kepada dua cahaya mata ini turut mengambil kesempatan untuk memberikan kata-kata semangat kepada semua ibu bapa yang membesarkan anak-anak autisme.
Bagi Shila, cabaran membesarkan anak istimewa ini bukanlah satu tugas yang mudah dan memerlukan kekuatan luar biasa.
“Kepada semua ibu bapa (anak autisme), anda semua adalah super hero yang sebenar!” ujarnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut Shila memuji cara penyanyi itu membesarkan Seth yang kelihatan sangat ceria dan bertenaga menerusi foto-foto yang dikongsikan di Shanghai, China. Ramai juga yang mendoakan agar Seth terus membesar dengan bijak dan menjadi kebanggaan keluarga.
Untuk rekod, Seth Uwais merupakan cahaya mata hasil perkahwinan pertama Shila sebelum ini. Shila kini bahagia bersama personaliti media sosial, Ubai MZ dan baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira pada tahun lalu.
Sumber: Threads

12 hours ago
10






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















