Ibu kepada kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang sebelum ditemukan dalam keadaan menyayat hati berkata, setiap hari dia berdoa supaya jasadnya anaknya ditemui.
Nurjilya Abdullah, 10, dipercayai menjadi mangsa bunuh selepas dilaporkan hilang di Kampung Numbak, Sepanggar, Kota Kinabalu sebelum mayatnya ditemukan pada 15 Julai lalu.
Menurut Normaida Husin, Nurjilya merupakan anak ketiga daripada lima beradik dan dikenali sebagai seorang anak yang baik, taat kepada ibu bapa serta sentiasa menjaga solat dan mengaji.
“Arwah budak baik, dengar cakap. Dia rajin mengaji, rajin solat dan selalu bermain dengan adik-adiknya. Saya memang sayang sangat sama dia,” katanya.
Mengimbas detik kehilangan anaknya, Normaida berkata beliau keluar bekerja seperti biasa sebagai pencuci di Wisma Merdeka pada 13 Julai sebelum pulang ke rumah sekitar jam 5 petang. Namun, sebaik tiba di rumah, dia mendapati Nurjilya tiada.
“Saya terus mencari di sekitar kampung bersama ahli keluarga sehingga lewat malam, tetapi masih tidak jumpa,” katanya.

Artikel berkaitan: Budak Perempuan 10 Tahun Hilang 3 Hari Lalu Ditemui Mereput Dalam Semak, Dipercayai Dib*nuh
Artikel berkaitan: Kanak-kanak Orang Asli Ditemui Maut Di Kawasan Paya Dipercayai Dibunuh, Dirogol
Usaha mencari diteruskan pada keesokan harinya sebelum laporan polis dibuat kira-kira jam 6 petang, 14 Julai.
Sehari kemudian, polis mengeluarkan hebahan orang hilang, manakala operasi mencari diperhebatkan dengan bantuan anggota polis, ahli keluarga dan penduduk kampung.
Sepanjang tempoh itu, Normaida tidak pernah berhenti berdoa agar anaknya ditemukan.
“Saya tidak putus-putus berdoa. Setiap kali berdoa, saya sebut nama Nurjilya dan minta kepada Allah supaya temukan anak saya.
“Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan doa saya. Kira-kira jam 10.30 malam, jasad Nurjilya ditemui,” katanya sambil menahan sebak.
Suspek tinggal di kawasan kampung yang sama
Mengenai penahanan dua individu bagi membantu siasatan, Normaida mengakui dia tidak begitu mengenali mereka meskipun mengetahui kedua-duanya tinggal di kawasan kampung yang sama.
“Saya cuma mahu keadilan ditegakkan. Apa yang berlaku kepada anak saya amat menyedihkan dan saya berharap mereka yang bertanggungjawab menerima hukuman setimpal,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Abdul Rahman dilaporkan berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian dipercayai akibat kecederaan pada bahagian muka dan belakang kepala yang disyaki disebabkan hentakan menggunakan objek keras serta tumpul.
Dua suspek berkenaan termasuk seorang warga asing direman tujuh hari bagi membantu siasatan, termasuk motif kejadian mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Berita Harian

12 hours ago
8






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















