Kesemua 4 jenazah yang maut dalam kemalangan di Jalan Renggam-Simpang, berhampiran penjara Simpang Renggam, Johor, semalam, telah selamat dikebumikan, di Tanah Perkuburan Islam Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) pada pagi tadi.
Jenazah 4 sekeluarga iaitu Mohd Aiman Mohd Rashid, 36, bersama isterinya, Nor Azlina Abd Latif, 33, dan ibu Nor Azlina, Semek Mat Soh, 73, serta anak saudara Mohd Aiman, Nur Airish Syifa Sidek,10 telah pun dikebumikan sekitar jam 10.45 pagi dalam satu liang lahad bersebelahan dengan pusara bapa Mohd Aiman iaitu Mohd Rashid Dolah yang meninggal dunia pada 2 minggu lalu.
Artikel berkaitan: “Tolong henti kecam kami”- Penduduk Kampung Di Simpang Renggam Minta Netizen Berhenti Mengecam Sebaliknya Doakan Mereka
Artikel berkaitan: Adik Pemandu Kereta Mewah Ditahan, Pandu Melulu Punca Nahas Ragut 4 Sekeluarga Di Kluang
Mereka yang terkorban dalam nahas kira-kira jam 1 tengah hari itu sedang dalam dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Ladang RISDA Ulu Sedili selepas menghadiri majlis kenduri di Telok Mas, Melaka.
Jenazah sebelum ini telah dikejarkan ke Hospital Ence’ Hajah Kalsom Kluang Johor dan tiba ke masjid Sultan Mahmud Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), kira-kira jam 8.35 pagi.

Suasana pilu menyelubungi msjid tersebut, lebih menyayat hati lagi, Imam masjid terbabit, Maliki Saidi dilihat tidak mampu menahan sebak hingga menitis air mata dan ditenangkan seorang jemaah sebelum jenazah mangsa kemalangan itu selesai disolatkan
Kira-kira 200 ahli keluarga mangsa berada di tanah perkuburan sebaik sahaja jenazah tiba dalam jam 9.25 pagi.
Sumber : Berita Harian

12 hours ago
14














![[TERKINI] DUN Johor Bubar Secara Rasmi Hari Ini, Beri Laluan Untuk PRN Ke-16](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/06/collage-4.png)
















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















