Syaz Ft 2026 06 29T165215.614

Seorang pemilik rumah di Taman Impian Indah, Kajang  berdepan detik ngeri apabila niatnya untuk memeriksa keadaan kediaman bertukar menjadi sesuatu yang tidak akan dilupakan seumur hidup.

Segalanya terbongkar selepas dia pergi ke rumah flat miliknya yang terletak di tingkat tiga untuk membuat pemeriksaan mengejut selepas penyewa wanita yang menetap di rumahnya itu gagal dihubungi.

Namun, sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, dia terus terhidu bau yang sangat meloyakan selain mendapati keadaan premis berkenaan sangat kotor.

Artikel berkaitan: “Sepatutnya ke Zurich” – Kes M*yat Dalam Beg, Rakan Rapat Kongsi Kronologi Kehilangan Suri

Artikel berkaitan: Suami Serah Diri, 4 Hari Tinggal Bersama M*yat Isteri Di Rumah

Cats 27Cats 27

“Saya menghubungi penyewa wanita itu beberapa kali, namun gagal, jadi saya pergi ke rumah untuk memeriksa dan sebaik masuk, saya terhidu bau busuk dengan rumah kotor dan kemudian menemui bagasi berisi mayat wanita itu,” katanya.

Pemilik rumah yang enggan mendedahkan identitinya itu menceritakan semula detik cemas penemuan mayat seorang wanita yang dipercayai warga Nepal.

Meskipun identiti sebenar mayat itu masih belum dapat disahkan secara rasmi, dia mempunyai alasan kuat untuk mempercayai bahawa jasad itu adalah milik penyewa wanitanya yang baru sahaja berpindah masuk ke flat unit berkenaan sekitar tiga bulan lalu bersama seorang lelaki.

“Selepas gagal menghubungi beberapa kali, saya pergi memeriksa rumah saya yang disewa mereka petang semalam.

Rumah itu kotor, dengan kesan kumbahan dan bau busuk di lantai. Terdapat sebuah kotak kadbod besar di sudut ruang tamu, dipenuhi pakaian dan fabrik dan kumbahan bocor daripada kotak itu,” kongsinya.

Dia kemudiannya menghampiri kotak misteri yang terletak di sudut ruang tamu tersebut sebelum mendapati ada sebuah bagasi disembunyikan di dalamnya.

Bagaimanapun, ketika cuba menarik bagasi berkenaan untuk melihat apa isi di dalamnya, dia mendapati beg tersebut terlampau berat dan keadaannya agak mencurigakan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, mengesahkan pihak polis ada menerima laporan mengenai penemuan mayat tanpa pengenalan diri itu pada jam 8.37 malam tadi.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.