Ft Sejadah Naelofar 2

Produk keluaran milik selebriti Neelofa kini sedang mendapat perhatian warganet susulan ada yang mendakwa bahawa sejadah daripada Naelofar itu mempunyai corak yang mencurigakan, iaitu corak seakan kepala kambing.

Dalam hantaran yang dibuat, individu tersebut telah menerima banyak kecaman, tetapi dia menegaskan bahawa segala perkara yang nampak dengan jelas dan was-was hukumnya adalah haram.

Artikel berkaitan: Alas Kaki Gambar Kaabah Yang Dirampas Di Pasar Raya Di Johor Sebenarnya Sejadah Mini

Artikel berkaitan: [VIDEO] Rumah Banjir Paras Air Naik Sampai Hidung Tapi Sejadah Masih Kering & Tak Terusik

Corak kepala kambing di sejadah

Sejadah

Wanita tersebut turut menegaskan bahawa sejadah adalah tempat untuk seseorang itu bersujud dalam mengerjakan ibadah dan perkara ini juga melibatkan akidah.

Ft Sejadah Naelofar

Menjengah ke ruangan komen, ada yang bersetuju dan bersependapat bahawa corak bunga itu memang seakan-akan kepala kambing. Malah ada netizen yang pernah perasan perkara ini dari awal lagi dan pernah hubungan syarikat tersebut namun tiada respon.

Screenshot 2026 03 13 144011

Screenshot 2026 03 13 145442

Buat masa ini, masih belum ada lagi sebarang respon daripada syarikat tersebut mahupun Neelofa berkenaan isu ini.

Sumber : Threads, mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.