“Isteri saya hamil 7 bulan” – Suami Tak Sanggup Tengok Video Tular Kemalangan Melibatkan Ahli RXZ Members 8.0

9 hours ago 4

Suami kepada mangsa kemalangan yang melibatkan peserta RXZ Members 8.0 menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa melakukan siasatan.

Dalam satu kejadian yang berlaku baru-baru ini, isteri dan anak kepada Talhah Mahmud, 61 difahamkan cedera dalam kemalangan yang melibatkan peserta program tersebut di Simpang Empat, Kampung Buluh Gading.

Artikel berkaitan : “Janganlah kegembiraan kita jadi kesusahan orang lain” –  Pesanan Dr Zulkifli Kepada RXZ Members 8.0

Artikel berkaitan : Dr Akmal Saleh Tegur Pihak Lantang Kritik Himpunan RXZ Tapi Diam Isu Pemandu Mabuk

Isteri hamil 7 bulan

Screenshot 2026 07 31 183239

Katanya, dia tidak sanggup melihat video klip tular yang memaparkan isteri dan anaknya yang terbabit dalam kemalangan.

“Saya difahamkan anak sulung melecur 60 peratus dari pinggang hingga ke bawah selepas kemalangan itu.”

Menurutnya, ketika kejadian, isterinya Syafirah Salim, 36, bersama Ahmad Asyraf, 13, dalam perjalanan dari rumah ke Pasar Batu Enam untuk membeli keperluan harian.

Jelasnya, dia mendapat makluman setibanya di lokasi sebuah motosikal telah merempuh Honda Beat yang ditunggang oleh isterinya sehingga berlaku tumpahan minyak dan terbakar.

“Isteri saya hamil tujuh bulan dan dijangka melahirkan anak ketiga dua bulan lagi. Anak sulung saya juga kini berada di wad pembedahan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, bagi menjalani pembedahan untuk menyelamatkan bahagian yang melecur.”

“Saya berdoa agar kandungan isteri tidak terjejas akibat kejadian itu selain anak sulungnya juga segera pulih.”

Katanya lagi, dia juga pernah terlibat dalam kemalangan 5 bulan lalu dan kini sedang menjalani sesi fisoterapi kerana mengalami keretakan pada lutut.

“Akibat kejadian itu, saya kini masih menggunakan tongkat untuk berjalan dan menghabiskan banyak masa di rumah.”

Sebelum ini, dilaporkan seorang wanita bersama anaknya terbabit dalam kemalangan membabitkan peserta RXZ Members 8.0 di Persimpangan Buluh Gading, jam 11.50 pagi tadi.

Mangsa, Ahamd Asyraf Talhah, 13, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Haji Mohd Said, bersama ibunya kini sedang menerima rawatan di HSNZ.

Dalam kejadian berkenaan, motosikal yang ditunggang Syafirah, hangus 100 peratus manakala motosikal RXZ terbakar kira-kira 80 peratus.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |