Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan bahawa pihak mereka biarpun majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) menegaskan bahawa mereka tidak pernah melantik Majlis Ulama Rohingya untuk menguruskan atau memperakukan sebarang urusan pernikahan.
Dalam satu kenyataan, Jakim menyatakan bahawa hasil semakan mereka mendapati bahawa dokumen yang tular itu merupakan dokuman yang bukan diiktiraf atau dikeluarkan oleh mana-mana pihak yang berkuasa agama Islam di Malaysia.
Artikel berkaitan: JAKIM Padam Hantaran Syarikat Ditarik Sijil Halal, Ini Penjelasan Timbalan Menteri
Artikel berkaitan: JAKIM Tegaskan Tiada Kompromi, Sijil Halal Ditarik Susulan Penemuan Berus Bulu Babi
“Orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai dan menggunakan dokumen berkenaan”

Oleh itu, pihak JAKIM menggesa orang ramai agar sentiasa buat semakan dengan pihaknya dan JAIN sebelum mempercayai sebarang dokumen berkaitan urusan agama Islam yang diragui.
Sebelum ini, tular di media sosial foto sekeping surat perakuan pernikahan yang didakwa dikeluarkan oleh Majlis Ulama Rohingya Malaysia, memaparkan kod “JAKIM.PERH/LN.800-7(5)” dan sekaligus menimbulkan persoalan mengenai kaitan kod berkenaan dengan Jakim.
Terpanggil dengan isu tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan ketika ditemui media memaklumkan pihaknya akan menyiasat dakwaan tersebut.
Sumber: Sinar Harian

10 hours ago
8














![[TERKINI] Syed Saddiq Umum Majlis Perkahwinan Bakal Diadakan Tidak Lama Lagi, Pada Tahun Ini](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/07/ft-BASS.jpg)
















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















