Ft Faiz Soul Dikecam

Sejak semalam tular berkenaan rasa tidak puas hati dalam kalangan warganet terhadap harga donut yang dijual oleh pempengaruh, Faiz Soul yang dianggap tidak masuk akal.

Sebiji donut yang dijual dengan harga RM10 itu membuatkan ramai netizen membandingkan ia dengan harga jenama terkemuka yang jauh lebih murah. Terpanggil dengan kecaman itu, Faiz Soul meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak yang hingga ke tahap menghina makanan jualannya.

Artikel berkaitan: Pempengaruh Faiz Soul Jual Donut Harga RM10 Sebiji, Ramai Netizen Tak Puas Hati?

Artikel berkaitan: “Bukan ke dia yang persoalkan” – Dr Malar Respon Kenyataan Balas Faiz Soul Lepas Buat Teguran

“2 tahun lepas harga sama tak ada pula kecaman” – Faiz Soul

Menerusi Threads miliknya,  Faiz meluahkan rasa terkejut apabila isu donut ini mula dibangkitkan sedangkan dia pernah menjual donut dengan harga yang sama pada 2 tahun lepas dan tidak menerima sebarang kecaman.

Screenshot 2026 02 27 143331

Dalam pada itu, Faiz turut menyatakan bahawa dia tidak kisah jika dirinya dikecam, namun agak terkilan apabila makanan yang dijualnya itu menjadi bahan hinaan di samping ada yang memfitnah bahawa dia ingin cepat kaya dengan hasil jualan sebegitu.

Screenshot 2026 02 27 142820

Dalam pada itu, Faiz juga menyatakan donutnya kini laris dijual dan akan meneruskan jualannya. Pada masa yang sama, Faiz juga memohon maaf kepada mana-mana pihak yang kurang senang dengannya seandainya ada terlanjur kata.

Sumber : Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.