Hati-hati sebelum tekan butang ‘share’, perbuatan menyebarkan berita palsu sebenarnya boleh jadi dosa jariah yang berpanjangan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, ramai sebenarnya tahu sesuatu maklumat itu tidak benar, namun tetap menyebarkannya hingga mencetuskan kecaman dan makian tanpa batas.
Lebih mengejutkan, menurut beliau, ada juga golongan agamawan yang terlibat dalam perbuatan tersebut.
Pada hari ini, saya terima beberapa tangkap layar yang mendakwa kononnya kerajaan hantar 329,000 tong diesel ke Filipina.
“Ada juga yang ‘main licik’, letak tanda soal konon nak tanya, tapi sebenarnya nak sebar dan kelirukan orang ramai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr. Zulkifli hasanArtikel berkaitan: Mahkamah Putuskan Adik & Anak Pengasas Dnars Fitnah Bapa Tiri, Diarah Bayar Ganti Rugi
Artikel berkaitan: Didakwa Buat Hantaran Fitnah 4 Tahun Lalu, Rafidah Ibrahim Dituntut Bayar RM200K Dalam 7 Hari
Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan orang ramai dengan firman Allah dalam Surah Al-Hujurat yang menekankan kepentingan menyemak sesuatu berita sebelum dipercayai.
Sehubungan itu, beliau mengajak orang ramai supaya amalkan tabayyun dan tidak sewenang-wenangnya menyebarkan maklumat yang belum sahih.
“Jom tingkatkan amal ibadah dan tinggalkan perkara sia-sia.
“Sebar berita sahih dapat pahala, tapi kalau sebar berita palsu, itu boleh jadi dosa jariah,” katanya.
Sumber: FB Senator Dr. Zulkifli Hasan

9 hours ago
12






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















![[VIDEO] Wanita Warga Asing Didakwa Sudah Setahun ‘Berumah’ Di KLIA, Ramai Mohon Pihak Berwajib Ambil Tindakan](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2025/12/setahun-duduk-klia.png)