6Mayat

Seorang lelaki ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari sebatang pokok ketika keluar memburu di kawasan hutan Sapoda, Kota Belud, pada malam Sabtu.

Mangsa berusia 44 tahun itu dilaporkan tidak sedarkan diri dalam kejadian kira-kira jam 7 malam. Rakan yang bersama mangsa kemudian bertindak keluar dari kawasan hutan untuk mendapatkan bantuan selepas mendapati lelaki berkenaan tidak memberikan sebarang respons.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud, Elge Bakuk, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.45 malam sebelum lima anggota digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 39 kilometer dari balai berkenaan.

Screenshot 2026 03 01 At 11.02.44 Am

Menurutnya, sebaik tiba pada jam 8.25 malam, pasukan penyelamat berdepan cabaran apabila laluan ke lokasi kejadian tidak boleh dilalui oleh jentera. Anggota bomba bersama pasukan perubatan terpaksa berjalan kaki sejauh kira-kira tiga kilometer meredah kawasan hutan bagi sampai ke tempat mangsa berada.

Setibanya di lokasi, pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. Mayat kemudian dibawa keluar menggunakan pengusung dengan bantuan ranger hutan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.