Jawi Masjid Ttdi

Baru-baru ini tular perkongsian jemaah sebuah masjid di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang mengatakan bahawa mereka pernah merasai pengalaman tidak menyenangkan apabila menerima layanan yang buruk ketika datang ke masjid berkenaan.

Pihak pengurusan masjid tersebut telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menyangkal dakwaan yang tular di media sosial.

Terkini, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga telah mengeluarkan kenyataan mengenai dakwaan bahawa masjid tersebut diboikot.

Pihak JAWI sentiasa memantau operasi masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sepanjang bulan Ramadan.

Menerusi kenyataan di Facebook rasmi JAWI, pihak JAWI mengambil serius terhadap situasi yang berlaku di Masjid At-Taqwa TTDI.

1 1

Artikel Berkaitan: Viral Masjid At-Taqwa Didakwa Diboikot, Pihak Masjid Tampil Jelaskan Situasi Sebenar

Artikel berkaitan: Tular Jemaah Masjid Di Indonesia Ini Solat Dua Kiblat Berbeza

Difahamkan, semua masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan mengadakan inisiatif untuk menyediakan hidangan berbuka puasa sepanjang Ramadan.

Namun, difahamkan jemaah biasanya hanya akan mula memenuhi masjid sekitar jam 7 petang memandangkan waktu berbuka pada ketika ini agak lewat.

Untuk pengetahuan semua, JAWI turut menyediakan inisiatif berbuka menerusi Program Iftar Rahmah MADANI di 70 buah masjid dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

3 4

Bukan itu sahaja, sebanyak 12 masjid di JAWI juga menyediakan perkhidmatan jagaan kanak-kanak atau ruang bermain semasa solat Tarawih untuk memberi peluang kepada ibu bapa menunaik solat Tarawih secara berjemaah di masjid tanpa bimbang mengenai keselamatan anak-anak mereka.

Sumber: Facebook JAWI 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.