Ft Jkm Isu 2026

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul berhubung dakwaan tular di media sosial mengenai penglibatan jabatan itu dalam isu penempatan seorang kanak-kanak.

JKM menegaskan bahawa dakwaan individu terbabit yang menyatakan JKM memohon bantuan penempatan adalah tidak tepat. Berdasarkan rekod rasmi, tiada sebarang penempatan rasmi dilakukan oleh JKM kepada individu berkenaan pada tahun 2020 seperti yang didakwa.

511406000 23893321997015938 2996250791199507744 N

Sebaliknya, penjagaan kanak-kanak tersebut merupakan satu pengaturan persendirian yang dibuat secara terus antara ibu kandung dan individu berkenaan tanpa melibatkan pihak JKM.

Menurut kenyataan tersebut, JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hanya mula menerima rujukan kes ini pada 29 April 2022. Rujukan tersebut bertujuan untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan status penjagaan dan urusan dokumentasi sahaja.

Susulan itu, JKM melalui Pelindung telah menjalankan siasatan menyeluruh berdasarkan:

  • Prinsip kepentingan terbaik kanak-kanak.

  • Peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611].

Hasil daripada siasatan tersebut, pada 3 Ogos 2022, Mahkamah bagi Kanak-Kanak telah mengeluarkan perintah di bawah perenggan 30(1)(b) dan subseksyen 30(8) Akta 611. Perintah yang memberikan hak penjagaan sehingga kanak-kanak berusia 18 tahun itu dibuat setelah mengambil kira:

  • Surat Akuan Bersumpah (SD) persetujuan penyerahan oleh ibu kandung.

  • Kehadiran dan persetujuan bersama antara ibu kandung serta individu terbabit.

JKM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau kenyataan yang boleh menimbulkan salah faham terhadap peranan jabatan. JKM kekal komited dalam menjalankan tanggungjawab berteraskan integriti dan profesionalisme bagi menjamin kesejahteraan kanak-kanak di Malaysia.

Sumber : JKM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.