Wajib Tukar Alamat Mykad

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil menjelaskan bahawa tiada sebarang tindakan penguatkuasaan dikenakan terhadap individu yang masih belum mengemas kini alamat pada MyKad selepas berpindah ke tempat baharu.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Badrul Hisham Alias berkata, walaupun penukaran alamat merupakan satu kewajipan di bawah Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara, ia tidak bermaksud pihaknya sedang menjalankan operasi atau mengambil tindakan secara menyeluruh terhadap orang ramai.

Menurut beliau, kenyataan yang dibuat sebelum ini hanya merujuk kepada peruntukan undang-undang sedia ada dan bukannya memberi gambaran bahawa semua individu yang gagal mengemas kini alamat akan dikenakan tindakan.

“Saya ingin tegaskan bahawa tiada tindakan penguatkuasaan dilaksanakan ketika ini terhadap individu yang belum mengemas kini alamat pada MyKad selepas berpindah rumah walaupun kewajipan berbuat demikian diperuntukkan di bawah peraturan tersebut,” katanya.

81603447795 Tbutcsentul

Artikel berkaitan: Wajib Tukar MyKad Mulai 1 Jun? Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Penukaran MyKad Baharu

Artikel berkaitan: Tempoh Sah Laku Pasport Malaysia Dilanjut Sehingga 10 Tahun! Ini Kadar Fi Baharu

Dalam pada itu, Badrul Hisham turut memaklumkan bahawa JPN tidak pernah menjalankan operasi khas semata-mata untuk mengesan atau mengambil tindakan terhadap individu yang belum menukar alamat pada MyKad.

Beliau mengakui timbul kekeliruan dalam kalangan orang ramai berhubung kenyataannya mengenai kewajipan mengemas kini alamat pada MyKad

Mengulas mengenai dakwaan bahawa pertukaran alamat di JPN akan menyebabkan pusat mengundi berubah secara automatik, beliau menegaskan perkara itu adalah tidak benar.

Sebaliknya, selepas alamat dikemas kini di JPN, seseorang pemilih masih perlu mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya ingin menukar bahagian atau pusat mengundi mengikut prosedur yang ditetapkan.

Beliau menjelaskan, fungsi JPN hanyalah merekod dan mengemas kini alamat pemohon selepas proses pengesahan dibuat bagi memastikan alamat yang diberikan benar-benar wujud dan didiami.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih serta tidak mudah mempercayai spekulasi yang boleh mencetuskan salah faham dan kekeliruan dalam masyarakat.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.